Bila setiap kali membuka fb, banyak kata-kata motivasi yang boleh digunakan sebagai panduan dalam kehidupan ini. Jadi dikesempatan ini, dapat ku kumpulkan kata-kata motivasi yang mungkin dapat kita jadikan sebagai satu perangsang dan sebagai panduan untuk tujuhala hidup kita ini.

Walaupun kita semua mempunyai prinsip dan etika masing-masing, namun kadang-kala memerlukan juga garis-garis panduan dan kata-kata yang berbentuk motivasi sama ada untuk memajukan diri kita.

Jumaat, 25 November 2011

motivasi 25

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
SEGALANYA BOLEH BERUBAH!

Assalamualaikum...Salam Jumaat Yang Pesona
Saya selalu kata, kita adalah apa yang kita fikirkan. Fikir susah, apa yang kita buat semuanya jadi susah.

Fikir senang semuanya akan jadi senang, mudah dan mesti boleh buat. Segalanya boleh berubah.

Sayangnya tidak ramai orang boleh bertahan lama. Perubahan yang kita inginkan memang boleh terjadi. Selain dari mindset seperti di atas, perlu ada usaha lebih lagi.

Kebanyakan orang mudah give up bila perubahan yang dimahukan hanya sedikit. Sebab, mereka mahukan hasil yang cepat. Kadangkala, ada juga orang yang ghairah mahu hasilnya dengan kadar lebih cepat.

Saya faham, sikap itu sudah jadi lumrah manusia. Dalam diri kita ada sikap tamak, mahu senang dan satu lagi, mahu selamat.

Perubahan boleh dicapai bila ada gabungan 3 elemen, mindset, usaha dan tawakkal. Andai salah satunya kurang, Anda akan perasan apa yang Anda inginkan tak menjadi.

Bila ia dah menjadi walaupun sikit, itu tandanya usaha Anda dah membuahkan hasil, cuma masih sikit. Jadi, kena usaha lebih lagi, cari ilmu, kerja lebih rajin lagi supaya dapat hasil yang lebih banyak!

Kita adalah yang kita fikirkan. Jangan sesekali mengharap hasil yang cepat, tapi kurang bekerja, kurang tindakan, kurang usaha.

Biar usaha lebih, sebab hasilnya akan muncul sendiri juga nanti. Fokus 100% pada usaha!

Andai Anda bertemu kegagalan, jangan fokus fikiran pada kegagalan tu, tapi fokus pada hasil sebenar yang Anda mahukan. Emosi perlu kuat, semangat juga perlu kuat.

Sempena 1 Muharram 2 hari lagi marilah kita membuat Turning Point yang betul dan tingkatkan usaha serta azam untuk berjaya lebih dari tahun sebelumnya, Anda boleh jika anda mahu, usaha dan bertawakkal. InsyaAllah Allah selalu bersama kita.

To Be Loved strong in heart, mind and soul.
sumber : Dr.Zaims

motivasi 24

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
ADA MOTIVASI DALAM HUJAN

Assalamualaikum dan salam persahabatan
Hujan telah turun sejak beberapa hari lalu dan banjir seperti menunaikan janjinya sebagaimana disampaikan oleh peramal kaji cuaca; tepat dan benar terjadi. Telah berlaku proses pemindahan mangsa banjir dan air semakin naik. Hanya beberapa hari ini kehidupan kita sudah mula berubah, persekitaran basah, perhubungan putus, kain di jemuran tidak nampak mahu kering seperti biasa, pergerakan terhad, berlaku kerosakan, barang-barang dalam rumah perlu dipindah segera, makan minum kita tidak teratur dan semuanya telah berubah. Kita mengeluh dan tidak puas hati sedangkan Allah hanya baru menurunkan hujan rahmat itu dalam sedikit waktu berbanding dengan cuaca panas sepanjang tahun. Maka ramai orang mengatakan hujan adalah unsur negative yang banyak mendatangkan mudarat, malah pembaca berita selalu menyebut ‘ cuaca diramalkan baik (panas) atau cuaca diramalkan kurang baik (mendung dan hujan). Sekian lama kita dimomokkan oleh ayat-ayat yang tidak mensyukuri nikmat Allah, lantas minda kita menjadi negative sepanjang hajat. Ada orang menjadi pasif, murung dan memberontak bila hujan turun. Boikot untuk pergi kerja, ambil cuti yang tidak sepatutnya, dan respons lain yang mempamerkan tentang kejahilan kita. Sedang Allah menurunkan hujan dengan penuh rahmah dan kejadian yang unik sekali, malah berupa ujian dan sedikit kepayahan dalam menjalani kehidupan harian. Ada orang menjadikan hujan satu kekuatan dan semangat baru yang ditunggu sekian lama. Hujan adalah punca rezeki! Mereka mengambil kesempatan membuat bisnes makanan di tepi-tepi jalan, menyewa perahu, peluang-peluang kerja yang muncul dalam musim banjir seperti mengambil upah untuk transport, malah bersedia menghulur bakti membantu orang-orang yang terlibat dengan banjir serta menjadi sukarelawan dalam musim tengkujuh ini. Wow! Jiwa mereka seperti diruntung jika tidak dapat melakukan kerja-kerja sukarela ini, tanpa meminta bayaran. Satu kepuasan yang dinanti-nantikan setiap kali hujan turun yang membawa berlakunya banjir. Kita yakin bahawa Allah akan membalas atas perbuatan baik walau sebesar zarrah sekalipun. Ayuh! Marilah kita menukar persepsi kita terhadap kejadian banjir dan hujan yang diturunkan kerana mereka juga makhluk Allah. Sebenarnya Allah ingin melihat sejauhmanakah kita telah berusaha dalam menangani perkara ini dengan penuh tawadduq dan redha, serta bagaimana kita berinteraksi dengan banjir ini? carilah jalan keluar yang terbaik dalam menghadapi minda yang tidak tenteram ini kerana hanya orang yang bersikap positif dan dilimpahi nur Allah sahaja yang akan berjaya dalam suasana hujan mahu pun panas!

@Master Trainer I-THINK :12.59am





sumber : Dr. Zaims
·

motivasi 23

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
"SANG GARUDA vs PAK BELANG HARIMAU"

Assalamualaikum dan Salam Jumaat Saidatulayyam
Dalam saat-saat genting menunggu detik mula perlawanan penting antara Indonesia dan Malaysia malam ini (tips ini ditulis sebaik sahaja tamat perlawanan antara dua gergasi itu), semua orang mengharapkan kemenangan. Malaysia perlu menang kerana dia adalah juara bertahan manakala Indonesia juga perlu kemenangan kerana dia ingin mengungguli perlawanan ini sebagai juara pasukan Kumpulan A, di samping ada hampir lebih 80k penyokong tepuk sorak untuk memberi sokongan moral kepada Indonesia. Kedua-dua penyokong pasukan bolasepak kali ini berada dalam sangat stress dan keluh kesah untuk menunggu tiupan wisel terakhir pengadil di padang. Setiap detik dihitung berulang kali. Pasukan Malaysia mahukan biarlah pusingan jam berlalu secepatnya, manakala pasukan Indonesia mahukan pasukannya dapat membuat satu kejutan dalam saat-saat yang masih berbaki. Ringkasnya kedua pasukan yang berentap (bertarung) ada kepentingan diri masing-masing untuk dipertaruhkan, samalah juga dengan kedua penyokong pasukan yang berentap tadi terus berdebar dan penuh stress!. Masa 45 minit pusingan kedua adalah masa pantang untuk minum, makan, tidak banyak bercakap, tidak ada gangguan telefon mahu pun terlelap sedetikpun ;fokusnya kepada permainan yang diharapkan akan berlaku keajaiban!. Sayangnya kita tidak perasan bahawa kemenangan hanya ada SATU sahaja..Kedua pihak tidak akan menang semuanya dan yang satu lagi perlu menerima KEKALAHAN. Apakah mudah kita menerima kekalahan dalam hasrat yang mengunung tinggi? Atau dalam ego yang melodak pemikiran kita atau dalam dendam kesumat yang memakan jantung-hati sekian lama?. Pastinya perasaan tidak puashati masih tidak selesai di sini. Namun dalam pemikiran apperantis, kita kena menerima hakikat hanya ada satu kemenangan sahaja dalam satu-satu masa. Ironinya kalau seorang ibu mengandung empat sekalipun, anak-anak ini tidak akan keluar serentak ketika mereka dilahirkan, masih ada giliran yang perlu diikuti walaupun masih dinamakan anak kembar. Namun ada sebab mengapa Allah memberikan kemenangan kepada seseorang, kumpulan, pasukan atau negara yang berperang tidak lain daripada sikap taqwa yang dimiliki. Mereka turun bertarung dengan hati yang ikhlas, menerima takdir qada dan qadar Allah tanpa resah, menyusun strategi yang mantap, mengikut arahan dan mewujudkan teamwork yang understanding, menghormati hak orang lain, esprit de corp (semangat setiakawan) dan sentiasa ingin berjaya. Maknanya memiliki jati diri yang kuat, berdisiplin dan tidak ada kepentingan diri ketika berlawan. Jauh sekali bersikap mazmumah, tamaq dan dan menyakiti sama ada kawan atau lawan. Kalau dibayangkan dengan kekuatan sokongan moral 80k penonton Indonesia dengan gabungan suara gemuruh diikuti laungan semangat Indonesia Boleh berbanding dengan penyokong Malaysia tidak sampai satu peratus di stadium; Indonesia patut menang. Ini bermakna kejayaan kita bukan terletak kepada sokongan moral yang kuat sahaja malah kekuatan Minda Separa Sedar juga turut membantu. Meskipun Indonesia kalah malam ini, namun bukan kerana faktor-faktor negatif di atas tetapi satu ujian, pengajaran dan pengalaman untuk menjadi lebih hebat, maka kerja kuat Indonesia selepas ini ialah perlu membuat refleksi ke atas kelemahan malam ini dan bukan menyalahkan diri sendiri kerana masa masih ada untuk membaiki kesilapan begitu juga dengan pasukan Malaysia bukan terus mendabik dada kerana kemenangan itu juga satu ujian dan tidak boleh terus berbangga malah refleksi demi refleksi terus dilakukan kerana bukan mudah untuk mengekalkan kejayaan kerana KEMENANGAN hanyalah SATU sahaja dalam satu masa!!!

GOING GREAT EVERBODY!!
Sumber : Dr. Zaims
·

motivasi 21

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
SELAMAT PULANG PARA MUJAHID!

Assalamualaikum dan salam ukhwah...
Syukur Alhamdulillah!, hari ini bermulalah kepulangan jemaah haji dari Mekah Al Mukarramah ke negara masing-masing. Ada yang pulang melalui Madinah dan Jeddah, mana-mana jalan pun adalah sama kerana mereka datang dari satu tempat sahaja iaitu dari Rumah Allah dan Bumi Ambiya serta Syuhada. Ramai yang menunggu penuh girang gembira; anak-anak, keluarga serta para sahabat yang mengiringi doa yang panjang semasa berada di Tanah Suci. Doa supaya selamat pergi dan kembali serta memperoleh Haji Mabrur...Alhamdulillah kini doa mereka telah dimakbulkan Allah. Betapa mudah dan rahmahnya Allah terus mengurniakan hajat serta harapan hamba-hambaNya. Kembali ke tanahair bukan sahaja baru selesai menjadi Tetamu Allah tetapi harapan masyarakat membawa balik perubahan dan haji mabrur. Selama 40-45 hari menjalani latihan di khemah ibadat dengan pelbagai ujian dan cubaan serta suasana hidup yang 100 percent berbeza dengan tempat asal sepatutnya memberi kesan mendalam kepada erti kehidupan sebaik sampainya di kampung halaman. Satu transformasi harus bermula sebaik sahaja menjejak kaki ke tanahair, ada azam, keinginan untuk melakukan perubahan. Syaitan-syaitan pasti menangis dengan kembalinya jemaah ke tanah air. Apakah kita dapat mengekalkan momentum ibadah kita nanti? Bila mahu mulakan? Bolehkah kita memanifestasikan kehidupan di Tanah Suci dengan suasana tanah air kita? Apa perubahan drastik untuk dilakukan? Apakah halangan yang bakal dihadapi nanti? Adakan masyarakat boleh menerima perubahan ini?. Jawapannya masyarakat mahukan perubahan dan agenda baru dari anda semua. Haji Mabrur akan menyelesaikan semua permasalahan ummah pada mutakhir ini, masjid-masjid akan diimarahkan dengan gemerlapan iman-iman yang menjalar atas sajadah kerana sedu sedan anda adalah sama seperti atas sajadah di depan Kaabah, setinggi tangan menadah doa tatkala di depan Multazam, dalam Hijir Ismail, belakang Makam Nabi Ibrahim, medan Raudhah atau ketika ratap sujud dan doa panjang di depan Makam Nabi dan sabahat-sahabat di Masjid Nabi. Wahai saudara-saudara ku mari kita mulakan tekad ini, jagan menoleh ke belakang lagi untuk mendapat sokongan orang lain, andalah orang yang perlu berada di depan!. Masihkan kita ingat ketika kita ditolak, diasak dan dirempuh ketika melakukan Tawaf, Saei, Melontar di Mina atau ketika melalui jalan-jalan ke Masjid Mekah dan Nabawi?. Dalam asakan yg kuat itupun kita masih mampu meneruskan perjalanan menyembah Allah yang Agung, inikan pula kita sudah bebas dari ujian itu dan giliran kita pula mengasak masalah-masalah yang menimpa umat kita hari ini. Nilai iman semakin jauh dan jatuh, cinta agama semakin longgar, kasih sayang mulai punah, dan jamaah di masjid juga teruk menjunam. Nah! Mari kita berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ummah ini, Haji Mabrur anda bisa mengembalikan Islam ditakuk kegemilangan ketika zaman Baginda S.A.W dan para sahabat di samping meningkatkan rasa hormat kepada diri sendiri sebagai Tamu Allah yang belum tentu kita dapat hadir lagi menemui kebesaranNya di Tanah Suci untuk kali kedua...inilah Haji Mabrur yang kita nanti-nantikan!!
· · · pada 12hb November pukul 1.34 ptg ·

motivasi 19

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
BUMI MINA BUMI UKHWAH:

Assalamualaikum dan selamat menyambut Aid Adha:
Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar Kabira....Semoga kita diberi rahmatNya yang berterusan dan menerima Qorban yang ikhlas.. InsyaAllah, Allah telah menerima pahala qorban kita tatkala sebelum darah qorban mencecah tanah. MasyaAllah!. Hari ini, kita masih lagi berada dalam hari-hari tasyriq yang indah seindahnya umat Islam di Mina yang sedang bertarung untuk melepaskan diri dari tekanan persekitaran Mina dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugasan terakhir dengan melontar di Jamrah Aqabah, Ula dan Wusta. Kalau di Padang Arafah tidak berlaku pergerakan badan, namun di Mina segalanya berubah. Kita kena bergerak setiap masa untuk sampai ke jamrah-jamrah tersebut. Nah! Sekali lagi Allah menguji kita!. Ada jemaah yang ditempatkan oleh pengurusan muassasah di tempat yang jauh sehingga 7 km. Mereka terpaksa berjalan kaki ulang alik setiap hari untuk melontar. Ada yang ditempatkan sangat dekat hanya 500 meter hingga sekilometer sahaja. Beruntungnya mereka, inilah permulaan rezeki yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Apapun kedudukan kita di Mina, hendaknya ada kelapangan di dada menerima ujian ini dalam keadaan redha kerana selagi ibadah haji ini belum berakhir selagi itulah Allah menguji kita, insyaAllah ujian ini akan menjadi mudah jika kita sanggup menerimanya dengan iklas. Pergerakan di sini adalah dalam bentuk kumpulan. Mesti ada toleransi yang tinggi dan saling tolong menolong. Bumi Mina pernah mencatat kematian yang tinggi sebelum ini. Tragedi Muasim mengorban beribu jemaah satu ketika dahulu, malah beratus-ratus jemaah mati terpijak setiap kali bermulanya ibadah melontar di Jamrah Aqabah. Keadaan ini berlaku kerana kita tidak menghormati hak-hak orang lain, kerana nafsu kita tinggi melangit, kerana kepentingan diri sendiri dan kita tidak ada disiplin diri yang konsisten. Apa yang menyedihkan kerana kita masih tidak faham roh haji itu sendiri. Kita gagal menterjemah yang tersirat di dalam ibadah haji ini, kita masih membawa kekotoran nafsu yang tersemat di dalam dada, pasti doa-doa mereka di Padang Arafah belum dimakbul Allah untuk menjadi manusia terbaik!. Bumi Mina berbukit-bukit sedikit menggambarkan liku-liku kehidupan yang ada cabaran dan halangan namun jika kita semua bersatu, halangan ini akan menjadi mudah dan licin. Kita masih tidak mahu berubah, masih mahu melontar sendiri-sendiri dan enggan berada dalam kumpulan; keegoan diri masih utuh dan tidak mahu mengalah kepada kehendak kumpulan. Sambutlah tangan-tangan saudara-saudara kita walau mereka kita tidak kenali. Hormatlah mereka; beri keutamaan kepada yang lemah dan memerlukan, tolong mereka dalam banyak hal, insyaAllah Allah akan mendahului kita di Syurga nanti. Selamat melontar, hancurkan syaitan laknatuLlah yang menguasai diri, bersihkan dari kengkangan mereka, bebaskan diri dari ideologi karut yang dibelenggu oleh syaitan selama ini, semoga lontaran di Jamrah Aqabah, Ula dan Wusta menjadi saksi di akhirat nanti. Sahabatku, semoga sukses di Mina dan sukses di hati. Selamat bertahallul awal dan teruskan wajib tawaf dan saie di Mekah..ALLAHUAKBAR!!
· · · pada 7hb November pukul 9.12 pagi ·

motivasi 18

MOTIVASI ALIHAN MINDA
PADANG ARAFAH: PENENTU HAJI MABRUR

Assalamualaikum dan salam semangat Arafah;
Ketika kita sedang menanti untuk meraikan Aid Adha esok, hampir 3 juta umat Islam sedang berbondong menuju ke Padang Arafah dengan pelbagai cara. Ada yang dipermudahkan Allah dengan cepat sampai di sana dan sebaliknya walaupun jaraknya hanyalah dalam 25 km sahaja. Dalam berkeadaan memakai ihram, ada yang tersesat, lambat dan tidak menemui di mana maktabnya. Apa sahaja boleh terjadi ketika panas terik memancar; ada yang terpisah daripada kelompok, isteri kehilangan suami, anak terpisah daripada ibu, kawan kehilangan kawan dan sebagainya. Di Padang Arafah tidak ada yang selesa; jangan bayangkan dapat makan enak-enak, tidur selena-lenanya dan manda sebasah-basahnya semuanya diuji oleh Allah swt. Tempat tidur hanyalah seluas saiz tubuh badan jemaah sahaja, berhimpit-himpit ketika mahu tidur, beratur panjang dan berpusu-pusu ketika mahu ambil wudu’ dan mandi. Khemah yang dibina hanyalah bertiangkan kayu 2’x4’ dan boleh tumbang jika angin kencang melanda. Di Padang Arafah adalah puncak kepada segala ujian ketika melaksanakan rukun Haji ini, adakah kita bisa melaluinya walau jarak masa berada di situ hanyalah sehari semalam sahaja?. Di sini dikatakan Padang Mahsyar kecil disedikan Allah untuk menguji kekuatan mental dan spiritual umatnya. Pada jemaah selalu dipesan supaya banyak berzikir, selawat, melaksanakan ibadah lain tanpa jemu semasa berada di sini supaya mereka mensyukuri apa sahaja yang ditentukan Allah; dikembalikan fitrah kejadian, tawakkal dan redha. Adakah jemaah sudah bersiap sedia menghadapinya ketika melalui saat-saat getir semasa di sini?. Benarkah mereka telah menjaga segala integriti diri dengan mentaati segala peraturan yang ditetapkan di sini. Padang Arafah menguji kesabaran dan saling hormat menghormati hak-hak orang. Melihat saudara-saudara mereka yang berbilang bangsa dan keturunan adalah sama di sisi Allah serta menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Salah satu penentu kepada haji mabrur ialah bermula di Padang Arafah ini, kepada sesiapa yang sudah membuat persiapan mental yang awal, di sinilah peluang untuk mereka merendahkan diri, mentaati perintah Allah dengan tekun dan meletakkan diri mereka dalam kalangan jemaah yang terbilang tanpa keluh kesah namun sebaliknya mengekalkan istiqamahnya sejak menjejaki ke bumi Madinah dan Mekah lagi. Didoakan mereka melepasi ujian hati, fikiran dan iman di sini dengan jayanya!. Teruskan perjalanan kalian ke Muzdalifah dan Mina...Allahhuakbar!

motivassi 16

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
2 Jenis Respon Pada Kejayaan

Assalamualaikum, salam persahabatan;
Bila melihat seseorang berjaya mencapai satu kejayaan, apa jenis respon Anda? Adakah Anda turut hepi sama atau dengki meluat-luat? Respon pada kejayaan ada berbagai-bagai, tapi yang paling utama, ia jatuh pada 2 kategori. Ketegori respon yang pertama adalah respon positif, yang kedua adalah respon negatif.
Respon positif adalah emosi gembira tatkala Anda melihat kejayaan orang lain atau merasa terharu bila menyaksikan mereka meraikan kejayaan di depan mata Anda. Mereka yang mencapai kejayaan itu orang dekat dengan Anda, kawan Anda, orang kampung Anda atau idola kesukaan Anda. Siapa yang tak bangga tengok diorang berjaya, ye dak?
Respon negatif ni adalah emosi kecewa atau perasaan tak gembira tatkala melihat kejayaan orang lain. Mereka yang berjaya tu merupakan orang-orang yang berkrisis dengan Anda, berselisih faham, bergaduh, berperang dingin atau pernah bertikam lidah dengan Anda. Respon Anda lebih kepada yang negatif. Anda akan sakit hati nengok kejayaan diorang.
Namun, respon negatif pada kejayaan ada jugak baiknya. Ia mendorong Anda untuk berusaha dengan lebih rajin lagi, supaya lebih berjaya dari mereka. Persaingan dalam diam membuat hati kita panas, lantas menjadikan usaha kita pantas supaya kita lebih cepat berjaya.
Namun, cara itu kurang memberi kesan sebab Anda menjadikan perasaan sakit hati sebagai booster motivasi. Keadaan itu tidak sepatutnya berlaku.. Sila-silap nanti usaha Anda kurang berhasil. Makin sakit hati jadinya.
Cara yang patut, jadikan emosi gembira sebagai booster motivasi Anda. Itu yang sebaiknya, memberi impak maksima.Performance Anda akan memecut laju dan laju
Yalah, tiap kali teringat kejayaan dia, mesti kita nak kejayaan yang sama jadi pada kita juga. Tak gitu?
Lama-kelamaan bila asyik teringat kejayaan, memikirkan kejayaan, mengimajinasikan kejayaan, maka akhirnyakejayaan akan jadi milik kita juga. Jangan tak tahu, rakan-rakan pembaca di Tips Motivasi ini akan sentiasa mendoakan kejayaan Anda, walau dari mana jua Anda berada
POWER YOURSELF!

Motivasi 15

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Jajari Minda Anda Dengan Tepat

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan Zulhijjah yang mulia;
Tajuk ini memberi penekanan kepada kseimbangan membuat keputusan dalam menentukan hala tuju anda, umpamanya: “jangan perangi stress tapi fokuslah pada keinginan mahu merasai kegembiraan. Jangan perangi penyakit, tapi fokuslah pada keinginan mahu menikmati hidup yang sihat dan cergas. Jangan fikirkan cakapan buruk orang terhadap Anda, tapi fokuslah pada keinginan mahu memajukan diri lebih dari tahap kemajuan yang telah dicapai sebelumnya oleh mereka.”
Dalam hidup kita sentiasa ada dua pilihan. Kita boleh memerangi sesuatu, kemudian kita boleh memfokus fikiran untuk menikmati sesuatu. Maknanya, kita boleh menolak sesuatu, kemudian kita boleh membina sesuatu. Contohnya stress.
Kita boleh memerangi stress tapi itu akan menarik lebih banyak stress sebab di fikiran kita, asyik timbul soal stress! Kita juga boleh memerangai keganasan, tapi usaha kita itu akan menarik lebih banyak keganasan!
Sebabnya, kita asyik berfikir pasal keganasan, bercakap pasal keganasan, melihat video-video keganasan kemudian menghampirkan diri dengan berita-berita keganasan. Kita macam mintak keganasan didatangkan pada kita sebanyak yang mungkin.
Fikirlah sebaliknya, yang berlawanan. Dari asyik memerangi stress, lebih baik fokus kepada keinginan mahu menikmati ketenangan dan kegembiraan di rumah, ditempat kerja atau ketika bersama kawan-kawan. Gembira adalah emosi berlawanan dengan stress. Begitu juga penyakit lawannya adalah sihat, keganasan lawannya adalah kedamaian.
Adakah anda anti perang atau pro kedamaian? Adakah Anda lawan cakapan buruk orang lain terhadap Anda atau terus berusaha memburu kejayaan? Adakah Anda anti yang negatif atau pro yang positif? Jawapannya fokus kepada yang positif, kerana itu lebih baik dari melawan yang negatif
SEMOGA BAHAGIA DAN CERIA!!

motivasi 14

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Minda Anda Adalah Magnet!!

Assaalamualaikum dan salam sejahtera, moga anda masih dalam peliharaan Allah.
Minda anda mempunyai kekuatan yang luar biasa seperti dinyatakan oleh ahli-ahli sains dan tidak siapa pun yang mempertikaikannya. Kehebatan manusia yang mempunyai minda ini telah lama disebut oleh Allah di dalam Al Quran. Hampir setiap surah Allah menyeru kepada manusia dan memulakan ayatNya dengan ”Wahai manusia...”dan ayat ini selalu ditujukan kepada manusia supaya BERFIKIR...kenapa berfikir?. Terlalu amat panjang huraiannya tentang patah-patah ayat Allah yang dijelmakan dalam Al Quran itu. Namun dalam tips motivasi kali ini mari kita melihat sebahagian daripada seruan Allah berhubung dengan Berfikir ini. Dalam konteks ini, apa kaitan minda kita dengan magnet? Ianya hanyalah satu analogi untuk memudahkan kita memahami perjalanan dan kehidupan minda itu supaya nanti ada pengajaran yang boleh diambil. Magnet memiliki kuasanya yang tersendiri; mana-mana bahagian yang selaras (north atau south poles) dengannya akan ditarik sekuat-kuat tanpa alasan dan kesihan. Alangkah susahnya untuk ditanggalkan bila mana-mana poles tadi bertangkup. Itulah konsep minda anda!. Maka dalam menjalani kehidupan ini, disarankan agar unsur-unsur yang hendak dijadikan pemikiran anda supaya minda dapat berfungsi dengan baik ialah dengan memasukkan perkara-perkara yang baik dan positif sahaja. Kerana minda anda hanya memproses atau menarik apa-apa sahaja yang anda fikirkan. Minda anda akan mengarahkan anggota lain untuk melaksanakan apa sahaja yang anda fikirkan. Semakin banyak perkara positif dan baik dijana maka semakin banyak hasil positif akan dihasilkan. Tugas anda ialah menyaring sebanyak mungkin perkara baik untuk dimasukkan ke dalam minda manakala perkara negatif dan tidak baik dipisahkan terlebih dahulu supaya kehidupan anda selepas ini lebih hebat dan bermisi tinggi.

SEMOGA ANDA LEBIH BERJAYA!

Motivasi 13

MOTIVASI ALIHAN MINDA
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah:

Assalamualaikum dan salam bahagia:
1- Surah Al-Fatihah da...pat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
... 4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.See more
by: Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Motivasi 12

MOTIVASI ALIHAN MINDA
Apa Butang Hijau Anda!

Assalamualaikum dan selamat berbahagia

Dalam menggerakkkan kerja-kerja seharian anda, anda perlukan motivasi dalaman dan luaran. Kedua-duanya perlu seimbang dan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Sekiranya salah satu di antaranya bermasalah atau tidak seimbang maka kerja anda pada hari itu turut terjejas. Bayangkan kalau setiap hari anda berdepan dengan situasi ini, apa kah yang akan terjadi dengan prestasi anda?. Pada akhir tahun anda pasti mendapat markah penilaian yang rendah dari bos atau jumlah bonus anda akan dikurangkan. Akhirnya anda mengecewakan diri dan organisasi anda dan kemungkinan bahana lain akan menimpa anda iaitu di buang kerja atau paling tidak ditukarkan tempat kerja yang boleh menyusahkan anda seumur hidup. Semoga anda tidak terjerumus dalam kancah ini sehingga anda hilang segala-galanya.
Oleh itu untuk mengekalkan motivasi dalaman dan luaran ini anda perlu memahami keperluan motivasi anda iaitu anda kena mengenali apakah Butang Hijau anda terlebih dahulu. Dengan memahami Butang Hijau anda ini, suasana yang digambarkan seperti di atas pasti tidak akan terjadi. Butang Hijau ini adalah perkara-perkara asas yang perlu dipenuhi oleh fizikal dan minda anda. Teori Maslow menyebutkan tentang ’Basic Needs’ dalam lajur terbawah dalam teorinya itu yang sekaligus menjelaskan tentang manusia perlukan perkara-perkara ini dalam dirinya sebelum mengutamakan perkara-perkara lain dalam lajur-lajur di atasnya. Apakah Butang Hijau anda pada setiap hari?. Butang ini perlu dipenuhi dahulu sebelum anda melakukan perkara lain. Contohnya; kalau anda menjadikan breakfast sebagai pemula kepada kerja anda yang lain, maka anda kena breakfast dahulu sebelum memulakan kerja di ofis kerana sekiranya anda tidak ’pekena’kan brekfast itu, minda ada tidak akan tenteram malah selalu bertanya-tanya, bila lagi mahu breakfast?? dan sentiasa berulang-ulang menyebutnya kepada minda sedar. Anda akan terganggu.... ada orang perlu cium anak atau isteri sebelum turun kerja, maka itulah Butang Hijau anda atau perlu SMS dulu kepada bakal isteri atau suami atau perlu bersalam dengan ibu dan ayah terlebih dulu atau perlu pastikan baby betul-betul sudah berada di pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya. Mulai hari ini kenali betul-betul Butang Hijau anda sebelum memulakan tugas rasmi anda setiap hari. Butang Hijau adalah ’Booster’ kepada kehidupan riang dan motivasi anda setiap hari..

LIVE GREAT!

motivasi 11

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Selalu Semak Attitude Positif Anda!

Assalamualaikum dan salam ukhwah
Adakah Anda selalu semak attitude masing-masing?
Adakah Anda selalu menilai bagaimana prestasi mindset Anda?
Jika belum, lakukannya segera. Sebab? Mana tahu kita tersilap, kita terjerumus sedikit ke fikiran-fikiran negatif.
Sudah tentu Anda tahu keburukan dari melayan fikiran-fikiran negatif di dalam kepala.
Ingatkan diri supaya sentiasa berfikiran positif, sebab kita sebagai manusia biasa tidak terkecuali dari melakukan kesilapan.
Orang-orang cemerlang menyemak attitude diri mereka sepanjang masa.
Mereka adalah pengkritik tetap pada diri sendiri, bahkan mengkritik sejujur mungkin pada setiap inci kesilapan mereka.
Itu sikap orang cemerlang, ini kita. Takkan pernah sama.
Tapi, tahukah Anda pemikiran negatif hanya akan merugikan diri Anda sendiri?
Walaupun orang cemerlang dan diri kita adalah dua orang yang cukup berlainan, tidak ada salahnya jika kita menjadikan orang cemerlang itu sebagai contoh kita, pengukur sejauh mana sikap kita dan idola kita dalam diam.
Serap sikapnya yang baik-baik, ambil sebagai sikap kita, ubah sedikit supaya sesuai dengan diri sendiri, selepas itu serap menjadi tabiat, jadi kebiasaan.
Mulai hari ini, semak attitude positif Anda dengan kerap.
Jangan selalu puas hati dengan prestasi semasa, tapi cabar diri untuk capai prestasi lebih baik dari sebelumnya.
GREAT LIFE, GREAT WEALTH!