Bila setiap kali membuka fb, banyak kata-kata motivasi yang boleh digunakan sebagai panduan dalam kehidupan ini. Jadi dikesempatan ini, dapat ku kumpulkan kata-kata motivasi yang mungkin dapat kita jadikan sebagai satu perangsang dan sebagai panduan untuk tujuhala hidup kita ini.

Walaupun kita semua mempunyai prinsip dan etika masing-masing, namun kadang-kala memerlukan juga garis-garis panduan dan kata-kata yang berbentuk motivasi sama ada untuk memajukan diri kita.

Jumaat, 25 November 2011

motivasi 18

MOTIVASI ALIHAN MINDA
PADANG ARAFAH: PENENTU HAJI MABRUR

Assalamualaikum dan salam semangat Arafah;
Ketika kita sedang menanti untuk meraikan Aid Adha esok, hampir 3 juta umat Islam sedang berbondong menuju ke Padang Arafah dengan pelbagai cara. Ada yang dipermudahkan Allah dengan cepat sampai di sana dan sebaliknya walaupun jaraknya hanyalah dalam 25 km sahaja. Dalam berkeadaan memakai ihram, ada yang tersesat, lambat dan tidak menemui di mana maktabnya. Apa sahaja boleh terjadi ketika panas terik memancar; ada yang terpisah daripada kelompok, isteri kehilangan suami, anak terpisah daripada ibu, kawan kehilangan kawan dan sebagainya. Di Padang Arafah tidak ada yang selesa; jangan bayangkan dapat makan enak-enak, tidur selena-lenanya dan manda sebasah-basahnya semuanya diuji oleh Allah swt. Tempat tidur hanyalah seluas saiz tubuh badan jemaah sahaja, berhimpit-himpit ketika mahu tidur, beratur panjang dan berpusu-pusu ketika mahu ambil wudu’ dan mandi. Khemah yang dibina hanyalah bertiangkan kayu 2’x4’ dan boleh tumbang jika angin kencang melanda. Di Padang Arafah adalah puncak kepada segala ujian ketika melaksanakan rukun Haji ini, adakah kita bisa melaluinya walau jarak masa berada di situ hanyalah sehari semalam sahaja?. Di sini dikatakan Padang Mahsyar kecil disedikan Allah untuk menguji kekuatan mental dan spiritual umatnya. Pada jemaah selalu dipesan supaya banyak berzikir, selawat, melaksanakan ibadah lain tanpa jemu semasa berada di sini supaya mereka mensyukuri apa sahaja yang ditentukan Allah; dikembalikan fitrah kejadian, tawakkal dan redha. Adakah jemaah sudah bersiap sedia menghadapinya ketika melalui saat-saat getir semasa di sini?. Benarkah mereka telah menjaga segala integriti diri dengan mentaati segala peraturan yang ditetapkan di sini. Padang Arafah menguji kesabaran dan saling hormat menghormati hak-hak orang. Melihat saudara-saudara mereka yang berbilang bangsa dan keturunan adalah sama di sisi Allah serta menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Salah satu penentu kepada haji mabrur ialah bermula di Padang Arafah ini, kepada sesiapa yang sudah membuat persiapan mental yang awal, di sinilah peluang untuk mereka merendahkan diri, mentaati perintah Allah dengan tekun dan meletakkan diri mereka dalam kalangan jemaah yang terbilang tanpa keluh kesah namun sebaliknya mengekalkan istiqamahnya sejak menjejaki ke bumi Madinah dan Mekah lagi. Didoakan mereka melepasi ujian hati, fikiran dan iman di sini dengan jayanya!. Teruskan perjalanan kalian ke Muzdalifah dan Mina...Allahhuakbar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan