Bila setiap kali membuka fb, banyak kata-kata motivasi yang boleh digunakan sebagai panduan dalam kehidupan ini. Jadi dikesempatan ini, dapat ku kumpulkan kata-kata motivasi yang mungkin dapat kita jadikan sebagai satu perangsang dan sebagai panduan untuk tujuhala hidup kita ini.

Walaupun kita semua mempunyai prinsip dan etika masing-masing, namun kadang-kala memerlukan juga garis-garis panduan dan kata-kata yang berbentuk motivasi sama ada untuk memajukan diri kita.

Jumaat, 25 November 2011

motivasi 25

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
SEGALANYA BOLEH BERUBAH!

Assalamualaikum...Salam Jumaat Yang Pesona
Saya selalu kata, kita adalah apa yang kita fikirkan. Fikir susah, apa yang kita buat semuanya jadi susah.

Fikir senang semuanya akan jadi senang, mudah dan mesti boleh buat. Segalanya boleh berubah.

Sayangnya tidak ramai orang boleh bertahan lama. Perubahan yang kita inginkan memang boleh terjadi. Selain dari mindset seperti di atas, perlu ada usaha lebih lagi.

Kebanyakan orang mudah give up bila perubahan yang dimahukan hanya sedikit. Sebab, mereka mahukan hasil yang cepat. Kadangkala, ada juga orang yang ghairah mahu hasilnya dengan kadar lebih cepat.

Saya faham, sikap itu sudah jadi lumrah manusia. Dalam diri kita ada sikap tamak, mahu senang dan satu lagi, mahu selamat.

Perubahan boleh dicapai bila ada gabungan 3 elemen, mindset, usaha dan tawakkal. Andai salah satunya kurang, Anda akan perasan apa yang Anda inginkan tak menjadi.

Bila ia dah menjadi walaupun sikit, itu tandanya usaha Anda dah membuahkan hasil, cuma masih sikit. Jadi, kena usaha lebih lagi, cari ilmu, kerja lebih rajin lagi supaya dapat hasil yang lebih banyak!

Kita adalah yang kita fikirkan. Jangan sesekali mengharap hasil yang cepat, tapi kurang bekerja, kurang tindakan, kurang usaha.

Biar usaha lebih, sebab hasilnya akan muncul sendiri juga nanti. Fokus 100% pada usaha!

Andai Anda bertemu kegagalan, jangan fokus fikiran pada kegagalan tu, tapi fokus pada hasil sebenar yang Anda mahukan. Emosi perlu kuat, semangat juga perlu kuat.

Sempena 1 Muharram 2 hari lagi marilah kita membuat Turning Point yang betul dan tingkatkan usaha serta azam untuk berjaya lebih dari tahun sebelumnya, Anda boleh jika anda mahu, usaha dan bertawakkal. InsyaAllah Allah selalu bersama kita.

To Be Loved strong in heart, mind and soul.
sumber : Dr.Zaims

motivasi 24

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
ADA MOTIVASI DALAM HUJAN

Assalamualaikum dan salam persahabatan
Hujan telah turun sejak beberapa hari lalu dan banjir seperti menunaikan janjinya sebagaimana disampaikan oleh peramal kaji cuaca; tepat dan benar terjadi. Telah berlaku proses pemindahan mangsa banjir dan air semakin naik. Hanya beberapa hari ini kehidupan kita sudah mula berubah, persekitaran basah, perhubungan putus, kain di jemuran tidak nampak mahu kering seperti biasa, pergerakan terhad, berlaku kerosakan, barang-barang dalam rumah perlu dipindah segera, makan minum kita tidak teratur dan semuanya telah berubah. Kita mengeluh dan tidak puas hati sedangkan Allah hanya baru menurunkan hujan rahmat itu dalam sedikit waktu berbanding dengan cuaca panas sepanjang tahun. Maka ramai orang mengatakan hujan adalah unsur negative yang banyak mendatangkan mudarat, malah pembaca berita selalu menyebut ‘ cuaca diramalkan baik (panas) atau cuaca diramalkan kurang baik (mendung dan hujan). Sekian lama kita dimomokkan oleh ayat-ayat yang tidak mensyukuri nikmat Allah, lantas minda kita menjadi negative sepanjang hajat. Ada orang menjadi pasif, murung dan memberontak bila hujan turun. Boikot untuk pergi kerja, ambil cuti yang tidak sepatutnya, dan respons lain yang mempamerkan tentang kejahilan kita. Sedang Allah menurunkan hujan dengan penuh rahmah dan kejadian yang unik sekali, malah berupa ujian dan sedikit kepayahan dalam menjalani kehidupan harian. Ada orang menjadikan hujan satu kekuatan dan semangat baru yang ditunggu sekian lama. Hujan adalah punca rezeki! Mereka mengambil kesempatan membuat bisnes makanan di tepi-tepi jalan, menyewa perahu, peluang-peluang kerja yang muncul dalam musim banjir seperti mengambil upah untuk transport, malah bersedia menghulur bakti membantu orang-orang yang terlibat dengan banjir serta menjadi sukarelawan dalam musim tengkujuh ini. Wow! Jiwa mereka seperti diruntung jika tidak dapat melakukan kerja-kerja sukarela ini, tanpa meminta bayaran. Satu kepuasan yang dinanti-nantikan setiap kali hujan turun yang membawa berlakunya banjir. Kita yakin bahawa Allah akan membalas atas perbuatan baik walau sebesar zarrah sekalipun. Ayuh! Marilah kita menukar persepsi kita terhadap kejadian banjir dan hujan yang diturunkan kerana mereka juga makhluk Allah. Sebenarnya Allah ingin melihat sejauhmanakah kita telah berusaha dalam menangani perkara ini dengan penuh tawadduq dan redha, serta bagaimana kita berinteraksi dengan banjir ini? carilah jalan keluar yang terbaik dalam menghadapi minda yang tidak tenteram ini kerana hanya orang yang bersikap positif dan dilimpahi nur Allah sahaja yang akan berjaya dalam suasana hujan mahu pun panas!

@Master Trainer I-THINK :12.59am





sumber : Dr. Zaims
·

motivasi 23

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
"SANG GARUDA vs PAK BELANG HARIMAU"

Assalamualaikum dan Salam Jumaat Saidatulayyam
Dalam saat-saat genting menunggu detik mula perlawanan penting antara Indonesia dan Malaysia malam ini (tips ini ditulis sebaik sahaja tamat perlawanan antara dua gergasi itu), semua orang mengharapkan kemenangan. Malaysia perlu menang kerana dia adalah juara bertahan manakala Indonesia juga perlu kemenangan kerana dia ingin mengungguli perlawanan ini sebagai juara pasukan Kumpulan A, di samping ada hampir lebih 80k penyokong tepuk sorak untuk memberi sokongan moral kepada Indonesia. Kedua-dua penyokong pasukan bolasepak kali ini berada dalam sangat stress dan keluh kesah untuk menunggu tiupan wisel terakhir pengadil di padang. Setiap detik dihitung berulang kali. Pasukan Malaysia mahukan biarlah pusingan jam berlalu secepatnya, manakala pasukan Indonesia mahukan pasukannya dapat membuat satu kejutan dalam saat-saat yang masih berbaki. Ringkasnya kedua pasukan yang berentap (bertarung) ada kepentingan diri masing-masing untuk dipertaruhkan, samalah juga dengan kedua penyokong pasukan yang berentap tadi terus berdebar dan penuh stress!. Masa 45 minit pusingan kedua adalah masa pantang untuk minum, makan, tidak banyak bercakap, tidak ada gangguan telefon mahu pun terlelap sedetikpun ;fokusnya kepada permainan yang diharapkan akan berlaku keajaiban!. Sayangnya kita tidak perasan bahawa kemenangan hanya ada SATU sahaja..Kedua pihak tidak akan menang semuanya dan yang satu lagi perlu menerima KEKALAHAN. Apakah mudah kita menerima kekalahan dalam hasrat yang mengunung tinggi? Atau dalam ego yang melodak pemikiran kita atau dalam dendam kesumat yang memakan jantung-hati sekian lama?. Pastinya perasaan tidak puashati masih tidak selesai di sini. Namun dalam pemikiran apperantis, kita kena menerima hakikat hanya ada satu kemenangan sahaja dalam satu-satu masa. Ironinya kalau seorang ibu mengandung empat sekalipun, anak-anak ini tidak akan keluar serentak ketika mereka dilahirkan, masih ada giliran yang perlu diikuti walaupun masih dinamakan anak kembar. Namun ada sebab mengapa Allah memberikan kemenangan kepada seseorang, kumpulan, pasukan atau negara yang berperang tidak lain daripada sikap taqwa yang dimiliki. Mereka turun bertarung dengan hati yang ikhlas, menerima takdir qada dan qadar Allah tanpa resah, menyusun strategi yang mantap, mengikut arahan dan mewujudkan teamwork yang understanding, menghormati hak orang lain, esprit de corp (semangat setiakawan) dan sentiasa ingin berjaya. Maknanya memiliki jati diri yang kuat, berdisiplin dan tidak ada kepentingan diri ketika berlawan. Jauh sekali bersikap mazmumah, tamaq dan dan menyakiti sama ada kawan atau lawan. Kalau dibayangkan dengan kekuatan sokongan moral 80k penonton Indonesia dengan gabungan suara gemuruh diikuti laungan semangat Indonesia Boleh berbanding dengan penyokong Malaysia tidak sampai satu peratus di stadium; Indonesia patut menang. Ini bermakna kejayaan kita bukan terletak kepada sokongan moral yang kuat sahaja malah kekuatan Minda Separa Sedar juga turut membantu. Meskipun Indonesia kalah malam ini, namun bukan kerana faktor-faktor negatif di atas tetapi satu ujian, pengajaran dan pengalaman untuk menjadi lebih hebat, maka kerja kuat Indonesia selepas ini ialah perlu membuat refleksi ke atas kelemahan malam ini dan bukan menyalahkan diri sendiri kerana masa masih ada untuk membaiki kesilapan begitu juga dengan pasukan Malaysia bukan terus mendabik dada kerana kemenangan itu juga satu ujian dan tidak boleh terus berbangga malah refleksi demi refleksi terus dilakukan kerana bukan mudah untuk mengekalkan kejayaan kerana KEMENANGAN hanyalah SATU sahaja dalam satu masa!!!

GOING GREAT EVERBODY!!
Sumber : Dr. Zaims
·

motivasi 21

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
SELAMAT PULANG PARA MUJAHID!

Assalamualaikum dan salam ukhwah...
Syukur Alhamdulillah!, hari ini bermulalah kepulangan jemaah haji dari Mekah Al Mukarramah ke negara masing-masing. Ada yang pulang melalui Madinah dan Jeddah, mana-mana jalan pun adalah sama kerana mereka datang dari satu tempat sahaja iaitu dari Rumah Allah dan Bumi Ambiya serta Syuhada. Ramai yang menunggu penuh girang gembira; anak-anak, keluarga serta para sahabat yang mengiringi doa yang panjang semasa berada di Tanah Suci. Doa supaya selamat pergi dan kembali serta memperoleh Haji Mabrur...Alhamdulillah kini doa mereka telah dimakbulkan Allah. Betapa mudah dan rahmahnya Allah terus mengurniakan hajat serta harapan hamba-hambaNya. Kembali ke tanahair bukan sahaja baru selesai menjadi Tetamu Allah tetapi harapan masyarakat membawa balik perubahan dan haji mabrur. Selama 40-45 hari menjalani latihan di khemah ibadat dengan pelbagai ujian dan cubaan serta suasana hidup yang 100 percent berbeza dengan tempat asal sepatutnya memberi kesan mendalam kepada erti kehidupan sebaik sampainya di kampung halaman. Satu transformasi harus bermula sebaik sahaja menjejak kaki ke tanahair, ada azam, keinginan untuk melakukan perubahan. Syaitan-syaitan pasti menangis dengan kembalinya jemaah ke tanah air. Apakah kita dapat mengekalkan momentum ibadah kita nanti? Bila mahu mulakan? Bolehkah kita memanifestasikan kehidupan di Tanah Suci dengan suasana tanah air kita? Apa perubahan drastik untuk dilakukan? Apakah halangan yang bakal dihadapi nanti? Adakan masyarakat boleh menerima perubahan ini?. Jawapannya masyarakat mahukan perubahan dan agenda baru dari anda semua. Haji Mabrur akan menyelesaikan semua permasalahan ummah pada mutakhir ini, masjid-masjid akan diimarahkan dengan gemerlapan iman-iman yang menjalar atas sajadah kerana sedu sedan anda adalah sama seperti atas sajadah di depan Kaabah, setinggi tangan menadah doa tatkala di depan Multazam, dalam Hijir Ismail, belakang Makam Nabi Ibrahim, medan Raudhah atau ketika ratap sujud dan doa panjang di depan Makam Nabi dan sabahat-sahabat di Masjid Nabi. Wahai saudara-saudara ku mari kita mulakan tekad ini, jagan menoleh ke belakang lagi untuk mendapat sokongan orang lain, andalah orang yang perlu berada di depan!. Masihkan kita ingat ketika kita ditolak, diasak dan dirempuh ketika melakukan Tawaf, Saei, Melontar di Mina atau ketika melalui jalan-jalan ke Masjid Mekah dan Nabawi?. Dalam asakan yg kuat itupun kita masih mampu meneruskan perjalanan menyembah Allah yang Agung, inikan pula kita sudah bebas dari ujian itu dan giliran kita pula mengasak masalah-masalah yang menimpa umat kita hari ini. Nilai iman semakin jauh dan jatuh, cinta agama semakin longgar, kasih sayang mulai punah, dan jamaah di masjid juga teruk menjunam. Nah! Mari kita berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ummah ini, Haji Mabrur anda bisa mengembalikan Islam ditakuk kegemilangan ketika zaman Baginda S.A.W dan para sahabat di samping meningkatkan rasa hormat kepada diri sendiri sebagai Tamu Allah yang belum tentu kita dapat hadir lagi menemui kebesaranNya di Tanah Suci untuk kali kedua...inilah Haji Mabrur yang kita nanti-nantikan!!
· · · pada 12hb November pukul 1.34 ptg ·

motivasi 19

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
BUMI MINA BUMI UKHWAH:

Assalamualaikum dan selamat menyambut Aid Adha:
Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar Kabira....Semoga kita diberi rahmatNya yang berterusan dan menerima Qorban yang ikhlas.. InsyaAllah, Allah telah menerima pahala qorban kita tatkala sebelum darah qorban mencecah tanah. MasyaAllah!. Hari ini, kita masih lagi berada dalam hari-hari tasyriq yang indah seindahnya umat Islam di Mina yang sedang bertarung untuk melepaskan diri dari tekanan persekitaran Mina dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugasan terakhir dengan melontar di Jamrah Aqabah, Ula dan Wusta. Kalau di Padang Arafah tidak berlaku pergerakan badan, namun di Mina segalanya berubah. Kita kena bergerak setiap masa untuk sampai ke jamrah-jamrah tersebut. Nah! Sekali lagi Allah menguji kita!. Ada jemaah yang ditempatkan oleh pengurusan muassasah di tempat yang jauh sehingga 7 km. Mereka terpaksa berjalan kaki ulang alik setiap hari untuk melontar. Ada yang ditempatkan sangat dekat hanya 500 meter hingga sekilometer sahaja. Beruntungnya mereka, inilah permulaan rezeki yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Apapun kedudukan kita di Mina, hendaknya ada kelapangan di dada menerima ujian ini dalam keadaan redha kerana selagi ibadah haji ini belum berakhir selagi itulah Allah menguji kita, insyaAllah ujian ini akan menjadi mudah jika kita sanggup menerimanya dengan iklas. Pergerakan di sini adalah dalam bentuk kumpulan. Mesti ada toleransi yang tinggi dan saling tolong menolong. Bumi Mina pernah mencatat kematian yang tinggi sebelum ini. Tragedi Muasim mengorban beribu jemaah satu ketika dahulu, malah beratus-ratus jemaah mati terpijak setiap kali bermulanya ibadah melontar di Jamrah Aqabah. Keadaan ini berlaku kerana kita tidak menghormati hak-hak orang lain, kerana nafsu kita tinggi melangit, kerana kepentingan diri sendiri dan kita tidak ada disiplin diri yang konsisten. Apa yang menyedihkan kerana kita masih tidak faham roh haji itu sendiri. Kita gagal menterjemah yang tersirat di dalam ibadah haji ini, kita masih membawa kekotoran nafsu yang tersemat di dalam dada, pasti doa-doa mereka di Padang Arafah belum dimakbul Allah untuk menjadi manusia terbaik!. Bumi Mina berbukit-bukit sedikit menggambarkan liku-liku kehidupan yang ada cabaran dan halangan namun jika kita semua bersatu, halangan ini akan menjadi mudah dan licin. Kita masih tidak mahu berubah, masih mahu melontar sendiri-sendiri dan enggan berada dalam kumpulan; keegoan diri masih utuh dan tidak mahu mengalah kepada kehendak kumpulan. Sambutlah tangan-tangan saudara-saudara kita walau mereka kita tidak kenali. Hormatlah mereka; beri keutamaan kepada yang lemah dan memerlukan, tolong mereka dalam banyak hal, insyaAllah Allah akan mendahului kita di Syurga nanti. Selamat melontar, hancurkan syaitan laknatuLlah yang menguasai diri, bersihkan dari kengkangan mereka, bebaskan diri dari ideologi karut yang dibelenggu oleh syaitan selama ini, semoga lontaran di Jamrah Aqabah, Ula dan Wusta menjadi saksi di akhirat nanti. Sahabatku, semoga sukses di Mina dan sukses di hati. Selamat bertahallul awal dan teruskan wajib tawaf dan saie di Mekah..ALLAHUAKBAR!!
· · · pada 7hb November pukul 9.12 pagi ·

motivasi 18

MOTIVASI ALIHAN MINDA
PADANG ARAFAH: PENENTU HAJI MABRUR

Assalamualaikum dan salam semangat Arafah;
Ketika kita sedang menanti untuk meraikan Aid Adha esok, hampir 3 juta umat Islam sedang berbondong menuju ke Padang Arafah dengan pelbagai cara. Ada yang dipermudahkan Allah dengan cepat sampai di sana dan sebaliknya walaupun jaraknya hanyalah dalam 25 km sahaja. Dalam berkeadaan memakai ihram, ada yang tersesat, lambat dan tidak menemui di mana maktabnya. Apa sahaja boleh terjadi ketika panas terik memancar; ada yang terpisah daripada kelompok, isteri kehilangan suami, anak terpisah daripada ibu, kawan kehilangan kawan dan sebagainya. Di Padang Arafah tidak ada yang selesa; jangan bayangkan dapat makan enak-enak, tidur selena-lenanya dan manda sebasah-basahnya semuanya diuji oleh Allah swt. Tempat tidur hanyalah seluas saiz tubuh badan jemaah sahaja, berhimpit-himpit ketika mahu tidur, beratur panjang dan berpusu-pusu ketika mahu ambil wudu’ dan mandi. Khemah yang dibina hanyalah bertiangkan kayu 2’x4’ dan boleh tumbang jika angin kencang melanda. Di Padang Arafah adalah puncak kepada segala ujian ketika melaksanakan rukun Haji ini, adakah kita bisa melaluinya walau jarak masa berada di situ hanyalah sehari semalam sahaja?. Di sini dikatakan Padang Mahsyar kecil disedikan Allah untuk menguji kekuatan mental dan spiritual umatnya. Pada jemaah selalu dipesan supaya banyak berzikir, selawat, melaksanakan ibadah lain tanpa jemu semasa berada di sini supaya mereka mensyukuri apa sahaja yang ditentukan Allah; dikembalikan fitrah kejadian, tawakkal dan redha. Adakah jemaah sudah bersiap sedia menghadapinya ketika melalui saat-saat getir semasa di sini?. Benarkah mereka telah menjaga segala integriti diri dengan mentaati segala peraturan yang ditetapkan di sini. Padang Arafah menguji kesabaran dan saling hormat menghormati hak-hak orang. Melihat saudara-saudara mereka yang berbilang bangsa dan keturunan adalah sama di sisi Allah serta menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Salah satu penentu kepada haji mabrur ialah bermula di Padang Arafah ini, kepada sesiapa yang sudah membuat persiapan mental yang awal, di sinilah peluang untuk mereka merendahkan diri, mentaati perintah Allah dengan tekun dan meletakkan diri mereka dalam kalangan jemaah yang terbilang tanpa keluh kesah namun sebaliknya mengekalkan istiqamahnya sejak menjejaki ke bumi Madinah dan Mekah lagi. Didoakan mereka melepasi ujian hati, fikiran dan iman di sini dengan jayanya!. Teruskan perjalanan kalian ke Muzdalifah dan Mina...Allahhuakbar!

motivassi 16

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
2 Jenis Respon Pada Kejayaan

Assalamualaikum, salam persahabatan;
Bila melihat seseorang berjaya mencapai satu kejayaan, apa jenis respon Anda? Adakah Anda turut hepi sama atau dengki meluat-luat? Respon pada kejayaan ada berbagai-bagai, tapi yang paling utama, ia jatuh pada 2 kategori. Ketegori respon yang pertama adalah respon positif, yang kedua adalah respon negatif.
Respon positif adalah emosi gembira tatkala Anda melihat kejayaan orang lain atau merasa terharu bila menyaksikan mereka meraikan kejayaan di depan mata Anda. Mereka yang mencapai kejayaan itu orang dekat dengan Anda, kawan Anda, orang kampung Anda atau idola kesukaan Anda. Siapa yang tak bangga tengok diorang berjaya, ye dak?
Respon negatif ni adalah emosi kecewa atau perasaan tak gembira tatkala melihat kejayaan orang lain. Mereka yang berjaya tu merupakan orang-orang yang berkrisis dengan Anda, berselisih faham, bergaduh, berperang dingin atau pernah bertikam lidah dengan Anda. Respon Anda lebih kepada yang negatif. Anda akan sakit hati nengok kejayaan diorang.
Namun, respon negatif pada kejayaan ada jugak baiknya. Ia mendorong Anda untuk berusaha dengan lebih rajin lagi, supaya lebih berjaya dari mereka. Persaingan dalam diam membuat hati kita panas, lantas menjadikan usaha kita pantas supaya kita lebih cepat berjaya.
Namun, cara itu kurang memberi kesan sebab Anda menjadikan perasaan sakit hati sebagai booster motivasi. Keadaan itu tidak sepatutnya berlaku.. Sila-silap nanti usaha Anda kurang berhasil. Makin sakit hati jadinya.
Cara yang patut, jadikan emosi gembira sebagai booster motivasi Anda. Itu yang sebaiknya, memberi impak maksima.Performance Anda akan memecut laju dan laju
Yalah, tiap kali teringat kejayaan dia, mesti kita nak kejayaan yang sama jadi pada kita juga. Tak gitu?
Lama-kelamaan bila asyik teringat kejayaan, memikirkan kejayaan, mengimajinasikan kejayaan, maka akhirnyakejayaan akan jadi milik kita juga. Jangan tak tahu, rakan-rakan pembaca di Tips Motivasi ini akan sentiasa mendoakan kejayaan Anda, walau dari mana jua Anda berada
POWER YOURSELF!

Motivasi 15

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Jajari Minda Anda Dengan Tepat

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan Zulhijjah yang mulia;
Tajuk ini memberi penekanan kepada kseimbangan membuat keputusan dalam menentukan hala tuju anda, umpamanya: “jangan perangi stress tapi fokuslah pada keinginan mahu merasai kegembiraan. Jangan perangi penyakit, tapi fokuslah pada keinginan mahu menikmati hidup yang sihat dan cergas. Jangan fikirkan cakapan buruk orang terhadap Anda, tapi fokuslah pada keinginan mahu memajukan diri lebih dari tahap kemajuan yang telah dicapai sebelumnya oleh mereka.”
Dalam hidup kita sentiasa ada dua pilihan. Kita boleh memerangi sesuatu, kemudian kita boleh memfokus fikiran untuk menikmati sesuatu. Maknanya, kita boleh menolak sesuatu, kemudian kita boleh membina sesuatu. Contohnya stress.
Kita boleh memerangi stress tapi itu akan menarik lebih banyak stress sebab di fikiran kita, asyik timbul soal stress! Kita juga boleh memerangai keganasan, tapi usaha kita itu akan menarik lebih banyak keganasan!
Sebabnya, kita asyik berfikir pasal keganasan, bercakap pasal keganasan, melihat video-video keganasan kemudian menghampirkan diri dengan berita-berita keganasan. Kita macam mintak keganasan didatangkan pada kita sebanyak yang mungkin.
Fikirlah sebaliknya, yang berlawanan. Dari asyik memerangi stress, lebih baik fokus kepada keinginan mahu menikmati ketenangan dan kegembiraan di rumah, ditempat kerja atau ketika bersama kawan-kawan. Gembira adalah emosi berlawanan dengan stress. Begitu juga penyakit lawannya adalah sihat, keganasan lawannya adalah kedamaian.
Adakah anda anti perang atau pro kedamaian? Adakah Anda lawan cakapan buruk orang lain terhadap Anda atau terus berusaha memburu kejayaan? Adakah Anda anti yang negatif atau pro yang positif? Jawapannya fokus kepada yang positif, kerana itu lebih baik dari melawan yang negatif
SEMOGA BAHAGIA DAN CERIA!!

motivasi 14

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Minda Anda Adalah Magnet!!

Assaalamualaikum dan salam sejahtera, moga anda masih dalam peliharaan Allah.
Minda anda mempunyai kekuatan yang luar biasa seperti dinyatakan oleh ahli-ahli sains dan tidak siapa pun yang mempertikaikannya. Kehebatan manusia yang mempunyai minda ini telah lama disebut oleh Allah di dalam Al Quran. Hampir setiap surah Allah menyeru kepada manusia dan memulakan ayatNya dengan ”Wahai manusia...”dan ayat ini selalu ditujukan kepada manusia supaya BERFIKIR...kenapa berfikir?. Terlalu amat panjang huraiannya tentang patah-patah ayat Allah yang dijelmakan dalam Al Quran itu. Namun dalam tips motivasi kali ini mari kita melihat sebahagian daripada seruan Allah berhubung dengan Berfikir ini. Dalam konteks ini, apa kaitan minda kita dengan magnet? Ianya hanyalah satu analogi untuk memudahkan kita memahami perjalanan dan kehidupan minda itu supaya nanti ada pengajaran yang boleh diambil. Magnet memiliki kuasanya yang tersendiri; mana-mana bahagian yang selaras (north atau south poles) dengannya akan ditarik sekuat-kuat tanpa alasan dan kesihan. Alangkah susahnya untuk ditanggalkan bila mana-mana poles tadi bertangkup. Itulah konsep minda anda!. Maka dalam menjalani kehidupan ini, disarankan agar unsur-unsur yang hendak dijadikan pemikiran anda supaya minda dapat berfungsi dengan baik ialah dengan memasukkan perkara-perkara yang baik dan positif sahaja. Kerana minda anda hanya memproses atau menarik apa-apa sahaja yang anda fikirkan. Minda anda akan mengarahkan anggota lain untuk melaksanakan apa sahaja yang anda fikirkan. Semakin banyak perkara positif dan baik dijana maka semakin banyak hasil positif akan dihasilkan. Tugas anda ialah menyaring sebanyak mungkin perkara baik untuk dimasukkan ke dalam minda manakala perkara negatif dan tidak baik dipisahkan terlebih dahulu supaya kehidupan anda selepas ini lebih hebat dan bermisi tinggi.

SEMOGA ANDA LEBIH BERJAYA!

Motivasi 13

MOTIVASI ALIHAN MINDA
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah:

Assalamualaikum dan salam bahagia:
1- Surah Al-Fatihah da...pat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
... 4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.See more
by: Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Motivasi 12

MOTIVASI ALIHAN MINDA
Apa Butang Hijau Anda!

Assalamualaikum dan selamat berbahagia

Dalam menggerakkkan kerja-kerja seharian anda, anda perlukan motivasi dalaman dan luaran. Kedua-duanya perlu seimbang dan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Sekiranya salah satu di antaranya bermasalah atau tidak seimbang maka kerja anda pada hari itu turut terjejas. Bayangkan kalau setiap hari anda berdepan dengan situasi ini, apa kah yang akan terjadi dengan prestasi anda?. Pada akhir tahun anda pasti mendapat markah penilaian yang rendah dari bos atau jumlah bonus anda akan dikurangkan. Akhirnya anda mengecewakan diri dan organisasi anda dan kemungkinan bahana lain akan menimpa anda iaitu di buang kerja atau paling tidak ditukarkan tempat kerja yang boleh menyusahkan anda seumur hidup. Semoga anda tidak terjerumus dalam kancah ini sehingga anda hilang segala-galanya.
Oleh itu untuk mengekalkan motivasi dalaman dan luaran ini anda perlu memahami keperluan motivasi anda iaitu anda kena mengenali apakah Butang Hijau anda terlebih dahulu. Dengan memahami Butang Hijau anda ini, suasana yang digambarkan seperti di atas pasti tidak akan terjadi. Butang Hijau ini adalah perkara-perkara asas yang perlu dipenuhi oleh fizikal dan minda anda. Teori Maslow menyebutkan tentang ’Basic Needs’ dalam lajur terbawah dalam teorinya itu yang sekaligus menjelaskan tentang manusia perlukan perkara-perkara ini dalam dirinya sebelum mengutamakan perkara-perkara lain dalam lajur-lajur di atasnya. Apakah Butang Hijau anda pada setiap hari?. Butang ini perlu dipenuhi dahulu sebelum anda melakukan perkara lain. Contohnya; kalau anda menjadikan breakfast sebagai pemula kepada kerja anda yang lain, maka anda kena breakfast dahulu sebelum memulakan kerja di ofis kerana sekiranya anda tidak ’pekena’kan brekfast itu, minda ada tidak akan tenteram malah selalu bertanya-tanya, bila lagi mahu breakfast?? dan sentiasa berulang-ulang menyebutnya kepada minda sedar. Anda akan terganggu.... ada orang perlu cium anak atau isteri sebelum turun kerja, maka itulah Butang Hijau anda atau perlu SMS dulu kepada bakal isteri atau suami atau perlu bersalam dengan ibu dan ayah terlebih dulu atau perlu pastikan baby betul-betul sudah berada di pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya. Mulai hari ini kenali betul-betul Butang Hijau anda sebelum memulakan tugas rasmi anda setiap hari. Butang Hijau adalah ’Booster’ kepada kehidupan riang dan motivasi anda setiap hari..

LIVE GREAT!

motivasi 11

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Selalu Semak Attitude Positif Anda!

Assalamualaikum dan salam ukhwah
Adakah Anda selalu semak attitude masing-masing?
Adakah Anda selalu menilai bagaimana prestasi mindset Anda?
Jika belum, lakukannya segera. Sebab? Mana tahu kita tersilap, kita terjerumus sedikit ke fikiran-fikiran negatif.
Sudah tentu Anda tahu keburukan dari melayan fikiran-fikiran negatif di dalam kepala.
Ingatkan diri supaya sentiasa berfikiran positif, sebab kita sebagai manusia biasa tidak terkecuali dari melakukan kesilapan.
Orang-orang cemerlang menyemak attitude diri mereka sepanjang masa.
Mereka adalah pengkritik tetap pada diri sendiri, bahkan mengkritik sejujur mungkin pada setiap inci kesilapan mereka.
Itu sikap orang cemerlang, ini kita. Takkan pernah sama.
Tapi, tahukah Anda pemikiran negatif hanya akan merugikan diri Anda sendiri?
Walaupun orang cemerlang dan diri kita adalah dua orang yang cukup berlainan, tidak ada salahnya jika kita menjadikan orang cemerlang itu sebagai contoh kita, pengukur sejauh mana sikap kita dan idola kita dalam diam.
Serap sikapnya yang baik-baik, ambil sebagai sikap kita, ubah sedikit supaya sesuai dengan diri sendiri, selepas itu serap menjadi tabiat, jadi kebiasaan.
Mulai hari ini, semak attitude positif Anda dengan kerap.
Jangan selalu puas hati dengan prestasi semasa, tapi cabar diri untuk capai prestasi lebih baik dari sebelumnya.
GREAT LIFE, GREAT WEALTH!

Isnin, 17 Oktober 2011

Motivasi 10


Motivasi Alihan Minda: Gelombang Fikiran



Assaalamualaikum dan salam kerahmatan;

Tips kali ini adalah ringkas, ianya hanya lah pengenalan kepada minda kita sebelum anda mengenai beberapa konsep asas dalam tulisan-tulisan berkait dengan pemikiran, LOA, Minda separa sedar dan isu-isu mental, kecerdasan dan kuasa minda.
Gelombang fikiran ditamsilkan sebagai gelombang minda. Fikiran adalah minda, manakala buah fikiran adalah idea (ilham) yang terhasil dari minda. Namun, gelombang fikiran boleh diguna pakai sebagai pengganti pada perkataan gelombang minda supaya mudah difahami.
Gelombang fikiran ada 4 jenis iaitu gelombang Beta, Alpha, Theta dan Delta. Gelombang Beta adalah gelombang yang mempunyai tahap getaran paling tinggi.

Mana-mana gelombang bergetar untuk membolehkan ia bergerak dari satu tempat (pemancar) ke satu tempat (penerima). Misalnya, gelombang hanphone, gelombang Internet wireless, gelombang remote control atau gelombang Astro.

Gelombang fikiran juga boleh bergerak keluar dari minda Anda lalu masuk ke minda orang lain. Kita nak nampak gelombang, tapi ia wujud dan selalu digunakan tanpa kita sedari. Gelombang fikiran atau ‘thoughts’ berkait rapat dengan Law Of Attraction.

Sumber : Dr Zaims Said frm FB 

Motivasi 9

Motivasi Alihan Minda: Jadilah Champion Hari Ini!
Assalamualaikum dan salam sejahtera:


Setelah membaca artikel-artikel di blog motivasi ini, anda tekad berubah menjadi luar biasa , kerana Anda tak mahu lagi hidup menjadi orang biasa.
Masalahnya, bila Anda dah jadi orang luar biasa (yang rajin, yang cergas, yang bertenaga) kawan-kawan Anda masih dengan perangai biasa lalu mula menyisihkan Anda, kerana Anda luar biasa (berlainan dengan mereka). Bagaimana hendak berdepan dengan situasi begini?


Pertama, tabahkan hati.
Orang-orang berjaya, akan sentiasa bersabar menempuh apa jua cabaran, termasuk disisihkan kawan yang dulu sama-sama ketawa, sama-sama menangis. Anda kena belajar berdikari.
Pada saat ini, tekad kena bulat, semangat kena kuat.
Biar Anda berani buat keputusan sendiri, menangis sendiri, juga sabarkan diri sendiri. Be independent!


Kedua, tekad terus jadi orang yang luar biasa sampai bila-bila.
Sebab, tak ramai orang sanggup berubah menjadi orang luar biasa, cuma segelintir saja seperti Anda. Anda adalah orang yang punya kecekalan, kerana Anda tekad berubah menjadi luar biasa , jadi Anda patut bangga!
Sekali lagi, gunakan reverse psikologi. Jika Anda di sisihkan, anggap yang mereka mahu melihat Anda berjaya, sebab mereka memberi Anda peluang untuk berusaha di jalan Anda sendiri, mereka tak masuk campur punya. Sebab? mereka tak paham erti menjadi orang luar biasa !


Ketiga, sentiasa bersangka baik dengan sesiapa saja.
Walau mereka selalu sindir Anda, memperbodoh-bodohkan Anda atau mempersendakan impian Anda, maafkan mereka, lupakan, lepas tu GO ON!

Ingat, walaupun sedikit Anda merasa sakit hati, maknanya emosi-emosi negatif mula menjangkiti Anda, menyebabkan Anda payah nak berfikiran positif. Semangat mudah turun jadinya.


Selalu bayangkan hidup Anda yang dah berjaya di masa depan seperti yang Anda mahukan, supaya Anda sentiasa bersemangat. Selalulah berimaginasi yang Anda dah memandu kereta idaman Anda, tinggal di rumah idaman Anda dan rasa bahagia bersama pasangan hidup Anda. Mulakan LOA Anda sekarang!


Bagaimana saya tahu semua ni? Sebab saya suka mengkaji sikap orang-orang luar biasa dan mereka yang dah lama berjaya!



Sumber : Dr Zaims Said from FB

Motivasi 8

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Bagaimana Membina Disiplin Dalam Menjaga Emosi Positif

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan:


Mengawal emosi memerlukan disiplin . Jadi, untuk itu kita perlu berubah jadi orang yang ada disiplin .
Kawalan emosi rapuh kerana kita kurang berdisiplin.


Kita tak ada stamina emosi positif, kerana kita banyak menghampirkan diri pada benda-benda yang sering membangkitkan emosi negatif.
Sebagai contoh, kita suka dengar berita di tv, baca berita di suratkhabar, Internet, radio atau join perbincangan orang pasal isu-isu semasa.


Kita seringkali suka membaca artikel yang mengandungi komen-komen negatif pada ekonomi, sosial dan politik tanpa kita sedar bahawa perkara itu sebenarnya merubah emosi kita menjadi negatif. Bukan negatif yang biasa, tetapi yang pekat, susah nak diubah.


Kita juga suka berkata pasal orang lain, mentertawakan kekurangan mereka, cakap pasal tabiat mereka atau menyuarakan rasa tak puas hati atas sikap mereka.


Juga, seringkali mentertawakan orang, memandang rendah atau Anda suka menunjuk.


Kesannya, kita tak ada disiplin dalam menjaga emosi-emosi positif, tetapi lebih suka layan emosi negatif seperti rasa kurang puas hati, geram, sakit hati, marah, dendam dan benci saat kita menonton, mendengar dan membaca berita-berita ni.
Bagaimana nak membina disiplin dalam menjaga emosi positif?


Ikuti langkah di bawah…


1. Membaca Bahan-bahan Bacaan Positif.
Baca sebanyak mungkin kisah kejayaan orang lain, bagaimana mereka mendapat inspirasi untuk berjuang dan apa yang mendorong mereka supaya jadi bermotivasi.


2. Berkata Hal-hal Positif, Idea-idea Positif Saja.
Bincang selalu bagaimana nak memajukan diri, bagaimana mengubah sikap menjadi lebih baik, cara cemana nak mencemerlangan diri dalam pelajaran, pekerjaan dan perniagaan.


3. Berusaha Menggembirakan Diri.
Be strong, latih diri supaya sentiasa gembira, jadi tenang walau sesedihmanapun dugaan menimpa. Elak untuk jatuh ke dalam emosi sedih, walaupun sedikit.


4. Memikir Memori Gembira Dan Pencapaian Lalu Yang Menjadikan Anda Cukup Bangga.
Kesannya, tiap kali memikir memori gembir dan pencapaian lalu yang menjadikan Anda bangga merubah fikiran jadi bersemangat, lalu ada inspirasi untuk meneruskan usaha.


5. Elak Perkara Sedih-sedih, Kesengsaraan, Keperitan, Kesusahan.
Jangan selalu menonton drama tv yang sedih-sedih, yang memaparkan keperitan berakhir dengan kesedihan. Tetapi, tontonlah drama yang oenuh dengan kegembiraan, cinta bahagia dan yang ada membuat Anda ketawa.
Bukan tak boleh tengok yang sedih-sedih, tapi kurangkan kerana ia membuat minda Anda menarik kesedihan terjadi pada diri Anda.


6. Jaga Apa Yang Dengar, Perhati Dan Renung.
Elak sedih sekali ketika mendengar lagu-lagu sedih, lagu perpisahan, putus cinta atau yang bernada pilu.
Jika Anda suka dengar lagu sedih-sedih, lebih baik ubah sikap tu sekarang.


7. Paling Penting, Tekad Menjaga Emosi Positif.
..dari pagi sampai ke waktu tidur, setiap hari sepanjang Anda hidup. Fikir positif walau apapun berlaku.


Berani buat? Cabar diri Anda!
Untuk berjaya, kita perlu menjadi sedikit pemilih.
Pilih positif saja, lupakan negatif. Bila tekad nak berjaya, Anda mesti sanggup melakukannya!



Sumber : Dr Zaims Said from FB

Motivasi 7

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Gerakkan Diri Anda Mengejar Matlamat

Assalamualaikum, salam kebahagian
Saya andaikan Anda sudah ada matlamat saat anda membaca tips motivasi kali ini. Yah, matlamat Anda itu sudah ditulis di atas kertas dan Anda sudah sedia untuk mencapainya.

Tetapi, masalah timbul.

Anda malas, kurang bertenaga, lebih banyak mendengar cakapan negatif, kurang inspirasi bahkan terfikir nak berhenti dari berusaha, lebih baik duduk diam-diam saja.

Anda terfikir nak push diri sendiri. Anda perlu PAKSA diri Anda.

Tapi bagaimana? Saya kongsikan 5 petuanya dibawah...

Pertama, anggap matlamat yang Anda dah tu penting, sangat penting bagi Anda, ibarat nyawa serta maruah Anda bergantung padanya!

Kedua, bajetkan masa. Bagi sesetengah orang, mereka set time limit dalam sehari, seminggu, sebulan. Untuk setiap jangka masa, tetapkan matlamat-matlamat pendek yang mesti dicapai.

Ketiga, baca matlamat Anda lebih dari sepuluh kali sehari, kalau boleh setiap setengah jam dalam sehari! Ia membuat semangat Anda membara setiap kali membacanya.

Keempat, lupakan perkara lain yang kurang penting, selupa yang mungkin sampai Anda tak ingat langsung. Ini termasuk berjalan-jalan tanpa membeli satu apa, berbual kosong, melebihkan hiburan dari bekerja, melebihkan rehat dari usaha.

Kelima, sentiasa berfikir cara bagaimana nak mencapai matlamat tu, tanya diri apa lagi cara yang boleh Anda gunakan.

Timbul saja idea, buat terus!



Sumber : Dr Zaims Said from FB

Motivasi 6

MOTIVASI ALIHAN MINDA
Emosi Penggerak Kejayaan:

Assalamualaikum, dan salam persahabatan,
Seorang bapa pasti akan buat apa saja untuk menyelamatkan anaknya yang hampir lemas.

Seorang ibu pasti akan sanggup mengharung jerit payah kehidupan semata-mata mahu memberi anaknya makan.

Mereka melakukannya kerana emosi. Emosi itu ada dalam kasih sayang, cinta dan rasa memiliki.
Seorang kekasih juga sanggup berkorban apa saja untuk si dia yang disayangi.

Emosi boleh menjadi penggerak kejayaan. Emosi melahirkan motivasi, mencetus insprasi.

Seorang anak muda menatap gambar seorang gadis lalu menjadi bersemangat kerana dalam emosinya, dia mahu memiliki gadis itu dan untuk memiliki gadis tersebut, dia perlu berjaya dalam kerjayanya terlebih dahulu. Dari situlah dia mula bersemngat, mula melakar peta kejayaan di dalam mindanya.

Kita sebagai manusia adalah makhluk beremosi. Jadi, aplikasikan emosi kita dalam usaha mahu mencetus kejayaan, mencapai kecemerlangan.

Bila kita kurang bermotivasi, hadirkan wajah-wajah orang yang kita sayang, selepas itu kita akan rasa bersemangat semula, bermotivasi semula.

Hadiahkan kejayaan untuk ibu Anda, bapa Anda, adik beradik Anda dan kawan-kawan Anda.

Mulakan langkah kejayaan anda hari ini JUGA!



Sumber : Dr Zaims Said from FB

Motivasi 5

MOTIVASI ALIHAN MINDA

Mental Kaya Mental Berjaya

Assalamualaikum dan semoga anda berada dalam rahmat Allah.


Dari pemerhatian teliti, orang berjaya menjadikan sikap suka menambah ilmu satu kemestian pada diri mereka. Tanpa disuruh, tanpa dipaksa, mereka menambah ilmu dengan penuh konsisten sebab merasai kesan daripada sikap itu.
Mereka percaya kejayaan dan kekayaan bermula dari dalam minda. Untuk itu, minda perlu dipenuhkan dengan maklumat sebanyak mungkin.


Mental kaya dengan maklumat berpontensi besar untuk berjaya sebab di dalamnya tersimpan banyak ilmu. Ilmu boleh diperolehi melalui pengalaman, pembacaan, pengkajian dan penganalisaan.


Untuk nak berjaya dalam pelajaran, pekerjaan atau perniagaan, ubah diri Anda supaya rajin memasukkan maklumat. Gunakan apa saja cara sebab maklumat sekarang ini banyak di dapati dalam pelbagai bentuk, antaranya teks bertulis untuk dibaca, mp3 untuk didengar, video untuk dilihat mahupun podkas (podcast) dari Internet.

Untuk menjadi pelajar cemerlang umpamanya, kena rajin membaca, mengulangkaji dan berlatih, terutama untuk subjek pengiraan. Korbankan masa Anda untuk tujuan ini dan lupakan perkara lain, selagi masih belum cemerlang.


Nak jadi pekerja cemerlang, kena rajin buat kerja dengan penuh kualiti, perbaiki komunikasi dan cari cara bagaimana untuk sentiasa mendisiplinkan diri.


Nak jadi usahawan cemerlang, banyakkan membaca tentang jenis perniagaan, kaji cara pemasaran dan cara pengurusan pelanggan. Ingat, kecemerlangan bermula dengan ilmu. Diri yang berilmu bermula dari sikap suka membaca.


Walaupun kesannya sedikit memakan masa, namun, sejarah sudah membuktikan, mental kaya akan membentuk mental berjaya. Perkayan mental Anda dengan ilmu. Siapa yang empunya mental, sudah tentu namanya tergolong dalam senarai orang-orang berjaya!.

ANDA CEMERLANG ANDA HEBAT



Sumber : Dr Zaims Said from FB

Motivasi 4

MOTIVASI ALIHAN MINDA
Lawan Sikap Panas Baran

Assalamualaikum dan semoga sihat sejahtera:


Orang yang panas baran , jadi cepat marah sebab dia tak terbiasa untuk bersabar. Sabar baginya satu perkara remah. Ego dalam dirinya tercabar, sebab itu dia cepat naik angin. Jadi panas berapi.


Ego adalah sebahagian dari nafsu. Untuk melawan nafsu, hanya dengan puasa dan bersabar. Bersabar, jika dikaji maksud sebenarnya adalah ‘menahan diri’. Puasa pula, menahan diri dari makan dan minum.


Ketika berpuasa, secara automatik ia akan membuat kita jadi penyabar. Bagi Anda yang susah nak kawal rasa marah atau mencari cara bagaimana nak hilangkan sikap panas baran , amalan berpuasa (puasa sunat selain puasa wajib di bulan Ramadhan) adalah penyelesaian terbaik.


Sebagai umat Islam, ibadah yang dilakukan dengan ikhlas untuk mengharap pahala daripada Allah, sudah tentu akan menjauhkan diri kita dari sikap-sikap negatif, termasuk panas baran, pemarah dan tekanan. Bila kita rajin berpuasa sunat, serta merta puasa itu akan membentuk kita jadi penyabar, lalu menjadikan kita kuat mengawal emosi. Orang-orang yang sabar dijanjikan kejayaan dan kebahagiaan.
Sebaliknya, orang yang tamak dan kurang penyabar, dijanjikan kerugian dan kekalahan. Kita perlu LiveStrong . Kita perlu kuat menahan marah, bahkan melawan rasa nak marah. Kita mesti menjadi kuat menahan emosi bergelora di dalam jiwa.


Sanggupkah kita hilang kawan, hilang keluarga, hilang maruah hanya kerana kita orang panas baran ? Orang akan lebih menghormati kita, bila kita menjadi seorang yang bijak mengawal rasa marah. Ramai orang akan cepat mendekati kita, bahkan menyenangi kita sentiasa.

THANK YOU ALLAH



Sumber : Dr Zaims Said from FB

Motivasi 3

MOTIVASI ALIHAN MINDA
Latih Diri Kaya Dengan Idea

Assalamualaikum, salam persaudaraan


Kekadang ada orang yang tak suka membaca, tapi kaya benar dengan idea . Idea adalah buah fikiran, pendapat atau ilham yang terbit dari sesuatu perkara atau kejadian.


Bagaimana hendak melatih diri kaya idea walaupun kurang membaca dan kurang berfikir? Salah satu tekniknya ialah dengan melihat orang yang jauh lebih susah daripada Anda. Lihat saja dulu, tanpa fikir apa-apa atau cakap apa-apa di dalam hati. Hanya lihat saja dan buat pemerhatian.


Jika Anda rasa sekarang ini hidup Anda penuh dengan masalah, cari seseorang yang masalahnya jauh lebih berat daripada Anda. Kaji hidupnya dan teka apa yang ada di dalam kepalanya, salami susah jerihnya.


Tidak lama selepas itu akan timbul idea -idea untuk Anda memperbaiki hidup sendiri kesan daripada melihat kesusahan orang lain di depan mata Anda. InsyaAllah serta merta, akan lahir rasa kesyukuran sebab Allah masih memberi Anda peluang yang lebih baik daripada dia.


Orang-orang cemerlang sukakan idea kerana idea adalah aset penting bagi orang-orang cemerlang. Idea satu-satunya jurang pembeza di antara orang kelas pertengahan dengan orang atasan yang berjaya

LIVE HEALTH LIVE WEALTH!



Sumber : Dr. Zaims Said from FB

Ahad, 16 Oktober 2011

Motivasi 2

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang hebat!

Apa khabar motivasi kita? Baik? Atau kurang baik?


Sepatutnya kita menilai, mengawal tahap motivasi kita dari semasa ke semasa. Walaupun kekadang stress, tertekan kemudian berdepan situasi mencabar, kita perlu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersemangat.


Kita perlu selalu check tangki motivasi kita supaya sentiasa ada isinya. Kita kurang bersemangat sebab kurang momentum. Momentum pula akan terhasil secara automatik tatkala kita melakukan sesuatu.


Sebuah kereta memerlukan minyak untuk bergerak laju. Begitu juga manusia, memerlukan motivasi supaya sentiasa ada pecutan laju bergerak menuju ke matlamatnya. Kurang motivasi , kurang lajulah ia.


Bagaimana nak check macam mana motivasi kita? Mulakan dengan..


1. Kawal emosi dan percakapan
Kata orang putih, live your life conciously. Kita sedar 100% apa yang kita ucap, cakap, fikir buat. Maksudnya, sebelum buat, fikir dulu, elak daripada hentam keromo. Setiap perbuatan ada kesannya.


2. Perhati perbuatan kita
Selalu buat baik, sesiapa saja akan buat baik pada kita. Walaupun kekadang ia tak menjadi, tapi biasanya, yang baik akan sentiasa menang sebab ia berlaku dengan izin Allah swt.


3. Perhati fikiran kita
Kita sendiri yang meracuni fikiran kita dengan kata-kata nista, kebencian, kecemburuan dan ketidakpuashatian pada orang lain. Jadi, untuk memastikan diri kita ada motivasi tahap tinggi, sentiasa kawal apa yang ada di fikiran,
kemudian berjaga-jaga, mana tahu di dalam fikiran kita muncul fikiran-fikiran negatif, yang buruk pasal diri sendiri atau pasal orang lain.


4. Minta orang lain nilai diri kita.
Bila kita nilai diri sendiri, kekadang kita jadi syok sendiri, merasa diri dah cukup baik padahal pada pandangan orang lain, masih belum berapa baik. Sebenarnya, untuk kita tanya diri kita cemana, cara yang paling baik adalah dengan meminta orang lain nilai diri kita, kritik diri kita.


Pilih untuk jadi orang yang sentiasa ada motivasi .
LiveStrong!



Sumber : Motivasi DR Zaims Said FB

Motivasi 1

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Set Imej Diri Positif Untuk Kejayaan Diri

Assalamualaikum dan salam bahagia
Sudah tentu Anda tertanya-tanya apa maksud imej diri positif. Adakah ia sama dengan gambaran diri positif, atau bayangan diri positif?
Imej diri adalah persepsi kita pada diri sendiri. Cuba lihat cermin. Apa yang Anda lihat dan pendapat Anda tentang diri sendiri saat Anda menatapi cermin, itulah ibarat imej diri.
Mengikut eBook Magnet Rezeki di muka surat 47, imej diri adalah cara Anda melihat diri sendiri, berfikir, mengenal diri sendiri dan ianya juga disebut sebagai cermin diri.
Setiap kali kita meluhat cermin, tentu akan hadir perasaan-perasaan seperti bangga, suka, hebat, yakin, tidak bahagia, bermasalah, pemalu, kurang bermaya atau kurang bersemangat.
Sekiranya Anda melihat diri Anda sebagai seorang yang berjaya dan Anda percaya Anda mampu mencapainya, maka secara automatik diri Anda akan terdorong untuk bertindak seperti orang yang berjaya.
Ia juga berlaku sebaliknya. Saat Anda duduk seorang diri dan selepas itu terbayang kegagalan dalam fikiran Anda, maka Anda sedang mewujudkan imej diri negatif.


Di dalam gambaran itu Anda melihat diri Anda sebagai seorang yang gagal, kemudian timbul perasaan bersalah, geram dengan kegagalan, rasa tertekan dan gusar, maka secara automatik diri Anda terdorong untuk bertindak seperti orang yang gagal.
Orang yang gagal suka duduk terceruk di satu sudut, asyik meratapi kegagalannya dan menyalahkan diri sendiri, orang sekeliling dan keadaan, tetapi tidak mengambil keputusan utuk berubah serta merta. Itulah sikap orang gagal, kita boleh lihat di mana-mana saja.
Imej diri positif membuat Anda berjaya, kerana ia menarik situasi-situasi yang membuat Anda semakin hampir dengan kejayaan, lalu terus menerus berjaya selagi Anda terus menerus melihat diri Anda berjaya, sentiasa berjaya.


Imej diri negatif membuat Anda gagal, kerana ia menarik situasi-situasi yang membuat Anda semakin dekat dengan kegagalan, lalu terus menerus gagal selagi Anda terus menerus melihat diri Anda gagal, sentiasa gagal.
Pilihan sentiasa ada di tangan kita. Nak pilih baik, atau nak pilih yang buruk.


Kadangkala kita membuat pilihan salah tanpa kita sedari, hanya kerana kita terlalu ikutkan emosi. Imej diri yang timbul di fikiran, hanya ada satu imej pada satu-satu masa saat kita berfikir. Takkan ada dua imej diri (positif dan negatif) dalam satu masa yang sama.
Anda pula, apa yang Anda selalu fikirkan tentang diri sendiri saat bercermin di waktu pagi?
Katakan Anda boleh berjaya (bahkan ada potensi untuk berjaya), berikan senyuman pada diri sendiri kerana secara automatik, ia akan membuat Anda jadi cukup bersemangat.


Tak biasa buat camtu? Ubah diri Anda hari ini, untuk kecemerlangan Anda sendiri juga. Bukan orang lain.
GREAT IDEA, GREAT LIFE!



Sumber : Dr Zaims said FB
Terima kasih buat yang sudi untuk berkongsi pandangan dan pendapat..  Dalam setiap kehidupan, setiap kemahuan dan kehendak kekadang mempunyai batas-batasan yang tertentu.

Agar terlalu sukar untuk memenuhi impian bagi setiap kehendak diri kita sendiri.