Bila setiap kali membuka fb, banyak kata-kata motivasi yang boleh digunakan sebagai panduan dalam kehidupan ini. Jadi dikesempatan ini, dapat ku kumpulkan kata-kata motivasi yang mungkin dapat kita jadikan sebagai satu perangsang dan sebagai panduan untuk tujuhala hidup kita ini.

Walaupun kita semua mempunyai prinsip dan etika masing-masing, namun kadang-kala memerlukan juga garis-garis panduan dan kata-kata yang berbentuk motivasi sama ada untuk memajukan diri kita.

Jumaat, 25 November 2011

motivasi 18

MOTIVASI ALIHAN MINDA
PADANG ARAFAH: PENENTU HAJI MABRUR

Assalamualaikum dan salam semangat Arafah;
Ketika kita sedang menanti untuk meraikan Aid Adha esok, hampir 3 juta umat Islam sedang berbondong menuju ke Padang Arafah dengan pelbagai cara. Ada yang dipermudahkan Allah dengan cepat sampai di sana dan sebaliknya walaupun jaraknya hanyalah dalam 25 km sahaja. Dalam berkeadaan memakai ihram, ada yang tersesat, lambat dan tidak menemui di mana maktabnya. Apa sahaja boleh terjadi ketika panas terik memancar; ada yang terpisah daripada kelompok, isteri kehilangan suami, anak terpisah daripada ibu, kawan kehilangan kawan dan sebagainya. Di Padang Arafah tidak ada yang selesa; jangan bayangkan dapat makan enak-enak, tidur selena-lenanya dan manda sebasah-basahnya semuanya diuji oleh Allah swt. Tempat tidur hanyalah seluas saiz tubuh badan jemaah sahaja, berhimpit-himpit ketika mahu tidur, beratur panjang dan berpusu-pusu ketika mahu ambil wudu’ dan mandi. Khemah yang dibina hanyalah bertiangkan kayu 2’x4’ dan boleh tumbang jika angin kencang melanda. Di Padang Arafah adalah puncak kepada segala ujian ketika melaksanakan rukun Haji ini, adakah kita bisa melaluinya walau jarak masa berada di situ hanyalah sehari semalam sahaja?. Di sini dikatakan Padang Mahsyar kecil disedikan Allah untuk menguji kekuatan mental dan spiritual umatnya. Pada jemaah selalu dipesan supaya banyak berzikir, selawat, melaksanakan ibadah lain tanpa jemu semasa berada di sini supaya mereka mensyukuri apa sahaja yang ditentukan Allah; dikembalikan fitrah kejadian, tawakkal dan redha. Adakah jemaah sudah bersiap sedia menghadapinya ketika melalui saat-saat getir semasa di sini?. Benarkah mereka telah menjaga segala integriti diri dengan mentaati segala peraturan yang ditetapkan di sini. Padang Arafah menguji kesabaran dan saling hormat menghormati hak-hak orang. Melihat saudara-saudara mereka yang berbilang bangsa dan keturunan adalah sama di sisi Allah serta menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Salah satu penentu kepada haji mabrur ialah bermula di Padang Arafah ini, kepada sesiapa yang sudah membuat persiapan mental yang awal, di sinilah peluang untuk mereka merendahkan diri, mentaati perintah Allah dengan tekun dan meletakkan diri mereka dalam kalangan jemaah yang terbilang tanpa keluh kesah namun sebaliknya mengekalkan istiqamahnya sejak menjejaki ke bumi Madinah dan Mekah lagi. Didoakan mereka melepasi ujian hati, fikiran dan iman di sini dengan jayanya!. Teruskan perjalanan kalian ke Muzdalifah dan Mina...Allahhuakbar!

motivassi 16

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
2 Jenis Respon Pada Kejayaan

Assalamualaikum, salam persahabatan;
Bila melihat seseorang berjaya mencapai satu kejayaan, apa jenis respon Anda? Adakah Anda turut hepi sama atau dengki meluat-luat? Respon pada kejayaan ada berbagai-bagai, tapi yang paling utama, ia jatuh pada 2 kategori. Ketegori respon yang pertama adalah respon positif, yang kedua adalah respon negatif.
Respon positif adalah emosi gembira tatkala Anda melihat kejayaan orang lain atau merasa terharu bila menyaksikan mereka meraikan kejayaan di depan mata Anda. Mereka yang mencapai kejayaan itu orang dekat dengan Anda, kawan Anda, orang kampung Anda atau idola kesukaan Anda. Siapa yang tak bangga tengok diorang berjaya, ye dak?
Respon negatif ni adalah emosi kecewa atau perasaan tak gembira tatkala melihat kejayaan orang lain. Mereka yang berjaya tu merupakan orang-orang yang berkrisis dengan Anda, berselisih faham, bergaduh, berperang dingin atau pernah bertikam lidah dengan Anda. Respon Anda lebih kepada yang negatif. Anda akan sakit hati nengok kejayaan diorang.
Namun, respon negatif pada kejayaan ada jugak baiknya. Ia mendorong Anda untuk berusaha dengan lebih rajin lagi, supaya lebih berjaya dari mereka. Persaingan dalam diam membuat hati kita panas, lantas menjadikan usaha kita pantas supaya kita lebih cepat berjaya.
Namun, cara itu kurang memberi kesan sebab Anda menjadikan perasaan sakit hati sebagai booster motivasi. Keadaan itu tidak sepatutnya berlaku.. Sila-silap nanti usaha Anda kurang berhasil. Makin sakit hati jadinya.
Cara yang patut, jadikan emosi gembira sebagai booster motivasi Anda. Itu yang sebaiknya, memberi impak maksima.Performance Anda akan memecut laju dan laju
Yalah, tiap kali teringat kejayaan dia, mesti kita nak kejayaan yang sama jadi pada kita juga. Tak gitu?
Lama-kelamaan bila asyik teringat kejayaan, memikirkan kejayaan, mengimajinasikan kejayaan, maka akhirnyakejayaan akan jadi milik kita juga. Jangan tak tahu, rakan-rakan pembaca di Tips Motivasi ini akan sentiasa mendoakan kejayaan Anda, walau dari mana jua Anda berada
POWER YOURSELF!

Motivasi 15

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Jajari Minda Anda Dengan Tepat

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan Zulhijjah yang mulia;
Tajuk ini memberi penekanan kepada kseimbangan membuat keputusan dalam menentukan hala tuju anda, umpamanya: “jangan perangi stress tapi fokuslah pada keinginan mahu merasai kegembiraan. Jangan perangi penyakit, tapi fokuslah pada keinginan mahu menikmati hidup yang sihat dan cergas. Jangan fikirkan cakapan buruk orang terhadap Anda, tapi fokuslah pada keinginan mahu memajukan diri lebih dari tahap kemajuan yang telah dicapai sebelumnya oleh mereka.”
Dalam hidup kita sentiasa ada dua pilihan. Kita boleh memerangi sesuatu, kemudian kita boleh memfokus fikiran untuk menikmati sesuatu. Maknanya, kita boleh menolak sesuatu, kemudian kita boleh membina sesuatu. Contohnya stress.
Kita boleh memerangi stress tapi itu akan menarik lebih banyak stress sebab di fikiran kita, asyik timbul soal stress! Kita juga boleh memerangai keganasan, tapi usaha kita itu akan menarik lebih banyak keganasan!
Sebabnya, kita asyik berfikir pasal keganasan, bercakap pasal keganasan, melihat video-video keganasan kemudian menghampirkan diri dengan berita-berita keganasan. Kita macam mintak keganasan didatangkan pada kita sebanyak yang mungkin.
Fikirlah sebaliknya, yang berlawanan. Dari asyik memerangi stress, lebih baik fokus kepada keinginan mahu menikmati ketenangan dan kegembiraan di rumah, ditempat kerja atau ketika bersama kawan-kawan. Gembira adalah emosi berlawanan dengan stress. Begitu juga penyakit lawannya adalah sihat, keganasan lawannya adalah kedamaian.
Adakah anda anti perang atau pro kedamaian? Adakah Anda lawan cakapan buruk orang lain terhadap Anda atau terus berusaha memburu kejayaan? Adakah Anda anti yang negatif atau pro yang positif? Jawapannya fokus kepada yang positif, kerana itu lebih baik dari melawan yang negatif
SEMOGA BAHAGIA DAN CERIA!!

motivasi 14

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Minda Anda Adalah Magnet!!

Assaalamualaikum dan salam sejahtera, moga anda masih dalam peliharaan Allah.
Minda anda mempunyai kekuatan yang luar biasa seperti dinyatakan oleh ahli-ahli sains dan tidak siapa pun yang mempertikaikannya. Kehebatan manusia yang mempunyai minda ini telah lama disebut oleh Allah di dalam Al Quran. Hampir setiap surah Allah menyeru kepada manusia dan memulakan ayatNya dengan ”Wahai manusia...”dan ayat ini selalu ditujukan kepada manusia supaya BERFIKIR...kenapa berfikir?. Terlalu amat panjang huraiannya tentang patah-patah ayat Allah yang dijelmakan dalam Al Quran itu. Namun dalam tips motivasi kali ini mari kita melihat sebahagian daripada seruan Allah berhubung dengan Berfikir ini. Dalam konteks ini, apa kaitan minda kita dengan magnet? Ianya hanyalah satu analogi untuk memudahkan kita memahami perjalanan dan kehidupan minda itu supaya nanti ada pengajaran yang boleh diambil. Magnet memiliki kuasanya yang tersendiri; mana-mana bahagian yang selaras (north atau south poles) dengannya akan ditarik sekuat-kuat tanpa alasan dan kesihan. Alangkah susahnya untuk ditanggalkan bila mana-mana poles tadi bertangkup. Itulah konsep minda anda!. Maka dalam menjalani kehidupan ini, disarankan agar unsur-unsur yang hendak dijadikan pemikiran anda supaya minda dapat berfungsi dengan baik ialah dengan memasukkan perkara-perkara yang baik dan positif sahaja. Kerana minda anda hanya memproses atau menarik apa-apa sahaja yang anda fikirkan. Minda anda akan mengarahkan anggota lain untuk melaksanakan apa sahaja yang anda fikirkan. Semakin banyak perkara positif dan baik dijana maka semakin banyak hasil positif akan dihasilkan. Tugas anda ialah menyaring sebanyak mungkin perkara baik untuk dimasukkan ke dalam minda manakala perkara negatif dan tidak baik dipisahkan terlebih dahulu supaya kehidupan anda selepas ini lebih hebat dan bermisi tinggi.

SEMOGA ANDA LEBIH BERJAYA!

Motivasi 13

MOTIVASI ALIHAN MINDA
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah:

Assalamualaikum dan salam bahagia:
1- Surah Al-Fatihah da...pat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
... 4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.See more
by: Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Motivasi 12

MOTIVASI ALIHAN MINDA
Apa Butang Hijau Anda!

Assalamualaikum dan selamat berbahagia

Dalam menggerakkkan kerja-kerja seharian anda, anda perlukan motivasi dalaman dan luaran. Kedua-duanya perlu seimbang dan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Sekiranya salah satu di antaranya bermasalah atau tidak seimbang maka kerja anda pada hari itu turut terjejas. Bayangkan kalau setiap hari anda berdepan dengan situasi ini, apa kah yang akan terjadi dengan prestasi anda?. Pada akhir tahun anda pasti mendapat markah penilaian yang rendah dari bos atau jumlah bonus anda akan dikurangkan. Akhirnya anda mengecewakan diri dan organisasi anda dan kemungkinan bahana lain akan menimpa anda iaitu di buang kerja atau paling tidak ditukarkan tempat kerja yang boleh menyusahkan anda seumur hidup. Semoga anda tidak terjerumus dalam kancah ini sehingga anda hilang segala-galanya.
Oleh itu untuk mengekalkan motivasi dalaman dan luaran ini anda perlu memahami keperluan motivasi anda iaitu anda kena mengenali apakah Butang Hijau anda terlebih dahulu. Dengan memahami Butang Hijau anda ini, suasana yang digambarkan seperti di atas pasti tidak akan terjadi. Butang Hijau ini adalah perkara-perkara asas yang perlu dipenuhi oleh fizikal dan minda anda. Teori Maslow menyebutkan tentang ’Basic Needs’ dalam lajur terbawah dalam teorinya itu yang sekaligus menjelaskan tentang manusia perlukan perkara-perkara ini dalam dirinya sebelum mengutamakan perkara-perkara lain dalam lajur-lajur di atasnya. Apakah Butang Hijau anda pada setiap hari?. Butang ini perlu dipenuhi dahulu sebelum anda melakukan perkara lain. Contohnya; kalau anda menjadikan breakfast sebagai pemula kepada kerja anda yang lain, maka anda kena breakfast dahulu sebelum memulakan kerja di ofis kerana sekiranya anda tidak ’pekena’kan brekfast itu, minda ada tidak akan tenteram malah selalu bertanya-tanya, bila lagi mahu breakfast?? dan sentiasa berulang-ulang menyebutnya kepada minda sedar. Anda akan terganggu.... ada orang perlu cium anak atau isteri sebelum turun kerja, maka itulah Butang Hijau anda atau perlu SMS dulu kepada bakal isteri atau suami atau perlu bersalam dengan ibu dan ayah terlebih dulu atau perlu pastikan baby betul-betul sudah berada di pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya. Mulai hari ini kenali betul-betul Butang Hijau anda sebelum memulakan tugas rasmi anda setiap hari. Butang Hijau adalah ’Booster’ kepada kehidupan riang dan motivasi anda setiap hari..

LIVE GREAT!

motivasi 11

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Selalu Semak Attitude Positif Anda!

Assalamualaikum dan salam ukhwah
Adakah Anda selalu semak attitude masing-masing?
Adakah Anda selalu menilai bagaimana prestasi mindset Anda?
Jika belum, lakukannya segera. Sebab? Mana tahu kita tersilap, kita terjerumus sedikit ke fikiran-fikiran negatif.
Sudah tentu Anda tahu keburukan dari melayan fikiran-fikiran negatif di dalam kepala.
Ingatkan diri supaya sentiasa berfikiran positif, sebab kita sebagai manusia biasa tidak terkecuali dari melakukan kesilapan.
Orang-orang cemerlang menyemak attitude diri mereka sepanjang masa.
Mereka adalah pengkritik tetap pada diri sendiri, bahkan mengkritik sejujur mungkin pada setiap inci kesilapan mereka.
Itu sikap orang cemerlang, ini kita. Takkan pernah sama.
Tapi, tahukah Anda pemikiran negatif hanya akan merugikan diri Anda sendiri?
Walaupun orang cemerlang dan diri kita adalah dua orang yang cukup berlainan, tidak ada salahnya jika kita menjadikan orang cemerlang itu sebagai contoh kita, pengukur sejauh mana sikap kita dan idola kita dalam diam.
Serap sikapnya yang baik-baik, ambil sebagai sikap kita, ubah sedikit supaya sesuai dengan diri sendiri, selepas itu serap menjadi tabiat, jadi kebiasaan.
Mulai hari ini, semak attitude positif Anda dengan kerap.
Jangan selalu puas hati dengan prestasi semasa, tapi cabar diri untuk capai prestasi lebih baik dari sebelumnya.
GREAT LIFE, GREAT WEALTH!