Bila setiap kali membuka fb, banyak kata-kata motivasi yang boleh digunakan sebagai panduan dalam kehidupan ini. Jadi dikesempatan ini, dapat ku kumpulkan kata-kata motivasi yang mungkin dapat kita jadikan sebagai satu perangsang dan sebagai panduan untuk tujuhala hidup kita ini.

Walaupun kita semua mempunyai prinsip dan etika masing-masing, namun kadang-kala memerlukan juga garis-garis panduan dan kata-kata yang berbentuk motivasi sama ada untuk memajukan diri kita.

Jumaat, 25 November 2011

motivasi 14

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
Minda Anda Adalah Magnet!!

Assaalamualaikum dan salam sejahtera, moga anda masih dalam peliharaan Allah.
Minda anda mempunyai kekuatan yang luar biasa seperti dinyatakan oleh ahli-ahli sains dan tidak siapa pun yang mempertikaikannya. Kehebatan manusia yang mempunyai minda ini telah lama disebut oleh Allah di dalam Al Quran. Hampir setiap surah Allah menyeru kepada manusia dan memulakan ayatNya dengan ”Wahai manusia...”dan ayat ini selalu ditujukan kepada manusia supaya BERFIKIR...kenapa berfikir?. Terlalu amat panjang huraiannya tentang patah-patah ayat Allah yang dijelmakan dalam Al Quran itu. Namun dalam tips motivasi kali ini mari kita melihat sebahagian daripada seruan Allah berhubung dengan Berfikir ini. Dalam konteks ini, apa kaitan minda kita dengan magnet? Ianya hanyalah satu analogi untuk memudahkan kita memahami perjalanan dan kehidupan minda itu supaya nanti ada pengajaran yang boleh diambil. Magnet memiliki kuasanya yang tersendiri; mana-mana bahagian yang selaras (north atau south poles) dengannya akan ditarik sekuat-kuat tanpa alasan dan kesihan. Alangkah susahnya untuk ditanggalkan bila mana-mana poles tadi bertangkup. Itulah konsep minda anda!. Maka dalam menjalani kehidupan ini, disarankan agar unsur-unsur yang hendak dijadikan pemikiran anda supaya minda dapat berfungsi dengan baik ialah dengan memasukkan perkara-perkara yang baik dan positif sahaja. Kerana minda anda hanya memproses atau menarik apa-apa sahaja yang anda fikirkan. Minda anda akan mengarahkan anggota lain untuk melaksanakan apa sahaja yang anda fikirkan. Semakin banyak perkara positif dan baik dijana maka semakin banyak hasil positif akan dihasilkan. Tugas anda ialah menyaring sebanyak mungkin perkara baik untuk dimasukkan ke dalam minda manakala perkara negatif dan tidak baik dipisahkan terlebih dahulu supaya kehidupan anda selepas ini lebih hebat dan bermisi tinggi.

SEMOGA ANDA LEBIH BERJAYA!

Tiada ulasan:

Catat Komen