Bila setiap kali membuka fb, banyak kata-kata motivasi yang boleh digunakan sebagai panduan dalam kehidupan ini. Jadi dikesempatan ini, dapat ku kumpulkan kata-kata motivasi yang mungkin dapat kita jadikan sebagai satu perangsang dan sebagai panduan untuk tujuhala hidup kita ini.

Walaupun kita semua mempunyai prinsip dan etika masing-masing, namun kadang-kala memerlukan juga garis-garis panduan dan kata-kata yang berbentuk motivasi sama ada untuk memajukan diri kita.

Jumaat, 25 November 2011

motivasi 24

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
ADA MOTIVASI DALAM HUJAN

Assalamualaikum dan salam persahabatan
Hujan telah turun sejak beberapa hari lalu dan banjir seperti menunaikan janjinya sebagaimana disampaikan oleh peramal kaji cuaca; tepat dan benar terjadi. Telah berlaku proses pemindahan mangsa banjir dan air semakin naik. Hanya beberapa hari ini kehidupan kita sudah mula berubah, persekitaran basah, perhubungan putus, kain di jemuran tidak nampak mahu kering seperti biasa, pergerakan terhad, berlaku kerosakan, barang-barang dalam rumah perlu dipindah segera, makan minum kita tidak teratur dan semuanya telah berubah. Kita mengeluh dan tidak puas hati sedangkan Allah hanya baru menurunkan hujan rahmat itu dalam sedikit waktu berbanding dengan cuaca panas sepanjang tahun. Maka ramai orang mengatakan hujan adalah unsur negative yang banyak mendatangkan mudarat, malah pembaca berita selalu menyebut ‘ cuaca diramalkan baik (panas) atau cuaca diramalkan kurang baik (mendung dan hujan). Sekian lama kita dimomokkan oleh ayat-ayat yang tidak mensyukuri nikmat Allah, lantas minda kita menjadi negative sepanjang hajat. Ada orang menjadi pasif, murung dan memberontak bila hujan turun. Boikot untuk pergi kerja, ambil cuti yang tidak sepatutnya, dan respons lain yang mempamerkan tentang kejahilan kita. Sedang Allah menurunkan hujan dengan penuh rahmah dan kejadian yang unik sekali, malah berupa ujian dan sedikit kepayahan dalam menjalani kehidupan harian. Ada orang menjadikan hujan satu kekuatan dan semangat baru yang ditunggu sekian lama. Hujan adalah punca rezeki! Mereka mengambil kesempatan membuat bisnes makanan di tepi-tepi jalan, menyewa perahu, peluang-peluang kerja yang muncul dalam musim banjir seperti mengambil upah untuk transport, malah bersedia menghulur bakti membantu orang-orang yang terlibat dengan banjir serta menjadi sukarelawan dalam musim tengkujuh ini. Wow! Jiwa mereka seperti diruntung jika tidak dapat melakukan kerja-kerja sukarela ini, tanpa meminta bayaran. Satu kepuasan yang dinanti-nantikan setiap kali hujan turun yang membawa berlakunya banjir. Kita yakin bahawa Allah akan membalas atas perbuatan baik walau sebesar zarrah sekalipun. Ayuh! Marilah kita menukar persepsi kita terhadap kejadian banjir dan hujan yang diturunkan kerana mereka juga makhluk Allah. Sebenarnya Allah ingin melihat sejauhmanakah kita telah berusaha dalam menangani perkara ini dengan penuh tawadduq dan redha, serta bagaimana kita berinteraksi dengan banjir ini? carilah jalan keluar yang terbaik dalam menghadapi minda yang tidak tenteram ini kerana hanya orang yang bersikap positif dan dilimpahi nur Allah sahaja yang akan berjaya dalam suasana hujan mahu pun panas!

@Master Trainer I-THINK :12.59am





sumber : Dr. Zaims
·

Tiada ulasan:

Catat Ulasan