Bila setiap kali membuka fb, banyak kata-kata motivasi yang boleh digunakan sebagai panduan dalam kehidupan ini. Jadi dikesempatan ini, dapat ku kumpulkan kata-kata motivasi yang mungkin dapat kita jadikan sebagai satu perangsang dan sebagai panduan untuk tujuhala hidup kita ini.

Walaupun kita semua mempunyai prinsip dan etika masing-masing, namun kadang-kala memerlukan juga garis-garis panduan dan kata-kata yang berbentuk motivasi sama ada untuk memajukan diri kita.

Jumaat, 25 November 2011

motivasi 19

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
BUMI MINA BUMI UKHWAH:

Assalamualaikum dan selamat menyambut Aid Adha:
Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar Kabira....Semoga kita diberi rahmatNya yang berterusan dan menerima Qorban yang ikhlas.. InsyaAllah, Allah telah menerima pahala qorban kita tatkala sebelum darah qorban mencecah tanah. MasyaAllah!. Hari ini, kita masih lagi berada dalam hari-hari tasyriq yang indah seindahnya umat Islam di Mina yang sedang bertarung untuk melepaskan diri dari tekanan persekitaran Mina dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugasan terakhir dengan melontar di Jamrah Aqabah, Ula dan Wusta. Kalau di Padang Arafah tidak berlaku pergerakan badan, namun di Mina segalanya berubah. Kita kena bergerak setiap masa untuk sampai ke jamrah-jamrah tersebut. Nah! Sekali lagi Allah menguji kita!. Ada jemaah yang ditempatkan oleh pengurusan muassasah di tempat yang jauh sehingga 7 km. Mereka terpaksa berjalan kaki ulang alik setiap hari untuk melontar. Ada yang ditempatkan sangat dekat hanya 500 meter hingga sekilometer sahaja. Beruntungnya mereka, inilah permulaan rezeki yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Apapun kedudukan kita di Mina, hendaknya ada kelapangan di dada menerima ujian ini dalam keadaan redha kerana selagi ibadah haji ini belum berakhir selagi itulah Allah menguji kita, insyaAllah ujian ini akan menjadi mudah jika kita sanggup menerimanya dengan iklas. Pergerakan di sini adalah dalam bentuk kumpulan. Mesti ada toleransi yang tinggi dan saling tolong menolong. Bumi Mina pernah mencatat kematian yang tinggi sebelum ini. Tragedi Muasim mengorban beribu jemaah satu ketika dahulu, malah beratus-ratus jemaah mati terpijak setiap kali bermulanya ibadah melontar di Jamrah Aqabah. Keadaan ini berlaku kerana kita tidak menghormati hak-hak orang lain, kerana nafsu kita tinggi melangit, kerana kepentingan diri sendiri dan kita tidak ada disiplin diri yang konsisten. Apa yang menyedihkan kerana kita masih tidak faham roh haji itu sendiri. Kita gagal menterjemah yang tersirat di dalam ibadah haji ini, kita masih membawa kekotoran nafsu yang tersemat di dalam dada, pasti doa-doa mereka di Padang Arafah belum dimakbul Allah untuk menjadi manusia terbaik!. Bumi Mina berbukit-bukit sedikit menggambarkan liku-liku kehidupan yang ada cabaran dan halangan namun jika kita semua bersatu, halangan ini akan menjadi mudah dan licin. Kita masih tidak mahu berubah, masih mahu melontar sendiri-sendiri dan enggan berada dalam kumpulan; keegoan diri masih utuh dan tidak mahu mengalah kepada kehendak kumpulan. Sambutlah tangan-tangan saudara-saudara kita walau mereka kita tidak kenali. Hormatlah mereka; beri keutamaan kepada yang lemah dan memerlukan, tolong mereka dalam banyak hal, insyaAllah Allah akan mendahului kita di Syurga nanti. Selamat melontar, hancurkan syaitan laknatuLlah yang menguasai diri, bersihkan dari kengkangan mereka, bebaskan diri dari ideologi karut yang dibelenggu oleh syaitan selama ini, semoga lontaran di Jamrah Aqabah, Ula dan Wusta menjadi saksi di akhirat nanti. Sahabatku, semoga sukses di Mina dan sukses di hati. Selamat bertahallul awal dan teruskan wajib tawaf dan saie di Mekah..ALLAHUAKBAR!!
· · · pada 7hb November pukul 9.12 pagi ·

Tiada ulasan:

Catat Komen