Bila setiap kali membuka fb, banyak kata-kata motivasi yang boleh digunakan sebagai panduan dalam kehidupan ini. Jadi dikesempatan ini, dapat ku kumpulkan kata-kata motivasi yang mungkin dapat kita jadikan sebagai satu perangsang dan sebagai panduan untuk tujuhala hidup kita ini.

Walaupun kita semua mempunyai prinsip dan etika masing-masing, namun kadang-kala memerlukan juga garis-garis panduan dan kata-kata yang berbentuk motivasi sama ada untuk memajukan diri kita.

Jumaat, 25 November 2011

motivasi 21

MOTIVASI ALIHAN MINDA:
SELAMAT PULANG PARA MUJAHID!

Assalamualaikum dan salam ukhwah...
Syukur Alhamdulillah!, hari ini bermulalah kepulangan jemaah haji dari Mekah Al Mukarramah ke negara masing-masing. Ada yang pulang melalui Madinah dan Jeddah, mana-mana jalan pun adalah sama kerana mereka datang dari satu tempat sahaja iaitu dari Rumah Allah dan Bumi Ambiya serta Syuhada. Ramai yang menunggu penuh girang gembira; anak-anak, keluarga serta para sahabat yang mengiringi doa yang panjang semasa berada di Tanah Suci. Doa supaya selamat pergi dan kembali serta memperoleh Haji Mabrur...Alhamdulillah kini doa mereka telah dimakbulkan Allah. Betapa mudah dan rahmahnya Allah terus mengurniakan hajat serta harapan hamba-hambaNya. Kembali ke tanahair bukan sahaja baru selesai menjadi Tetamu Allah tetapi harapan masyarakat membawa balik perubahan dan haji mabrur. Selama 40-45 hari menjalani latihan di khemah ibadat dengan pelbagai ujian dan cubaan serta suasana hidup yang 100 percent berbeza dengan tempat asal sepatutnya memberi kesan mendalam kepada erti kehidupan sebaik sampainya di kampung halaman. Satu transformasi harus bermula sebaik sahaja menjejak kaki ke tanahair, ada azam, keinginan untuk melakukan perubahan. Syaitan-syaitan pasti menangis dengan kembalinya jemaah ke tanah air. Apakah kita dapat mengekalkan momentum ibadah kita nanti? Bila mahu mulakan? Bolehkah kita memanifestasikan kehidupan di Tanah Suci dengan suasana tanah air kita? Apa perubahan drastik untuk dilakukan? Apakah halangan yang bakal dihadapi nanti? Adakan masyarakat boleh menerima perubahan ini?. Jawapannya masyarakat mahukan perubahan dan agenda baru dari anda semua. Haji Mabrur akan menyelesaikan semua permasalahan ummah pada mutakhir ini, masjid-masjid akan diimarahkan dengan gemerlapan iman-iman yang menjalar atas sajadah kerana sedu sedan anda adalah sama seperti atas sajadah di depan Kaabah, setinggi tangan menadah doa tatkala di depan Multazam, dalam Hijir Ismail, belakang Makam Nabi Ibrahim, medan Raudhah atau ketika ratap sujud dan doa panjang di depan Makam Nabi dan sabahat-sahabat di Masjid Nabi. Wahai saudara-saudara ku mari kita mulakan tekad ini, jagan menoleh ke belakang lagi untuk mendapat sokongan orang lain, andalah orang yang perlu berada di depan!. Masihkan kita ingat ketika kita ditolak, diasak dan dirempuh ketika melakukan Tawaf, Saei, Melontar di Mina atau ketika melalui jalan-jalan ke Masjid Mekah dan Nabawi?. Dalam asakan yg kuat itupun kita masih mampu meneruskan perjalanan menyembah Allah yang Agung, inikan pula kita sudah bebas dari ujian itu dan giliran kita pula mengasak masalah-masalah yang menimpa umat kita hari ini. Nilai iman semakin jauh dan jatuh, cinta agama semakin longgar, kasih sayang mulai punah, dan jamaah di masjid juga teruk menjunam. Nah! Mari kita berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ummah ini, Haji Mabrur anda bisa mengembalikan Islam ditakuk kegemilangan ketika zaman Baginda S.A.W dan para sahabat di samping meningkatkan rasa hormat kepada diri sendiri sebagai Tamu Allah yang belum tentu kita dapat hadir lagi menemui kebesaranNya di Tanah Suci untuk kali kedua...inilah Haji Mabrur yang kita nanti-nantikan!!
· · · pada 12hb November pukul 1.34 ptg ·

Tiada ulasan:

Catat Ulasan